Followers

Saturday, May 22, 2010

cikgu tadika je..

pagi tadi semua cawangan tadika aulad mengadakan jamuan hari guru. lambat seminggu. kami di jasmin dah lama tak buat jamuan harijadi bulanan. dulu tiap2 bulan kami buat jamuan menyambut harijadi. ni dah masuk 2 tahun dha tak buat jamuan setiap bulan. rasa cam leceh la. banyak keja nak buat lepas budak2 dah abis makan. skang nih kalau mana2 budak yg sambut harijadinya, mak ayah dia akan bawak kek atau jajan yg dah di pek ke tadika. senang. kalau parents dia bawak kek ari rabu, maka ari rabu la kami makan2 besar.

untuk jamuan hari guru kali ini, bos besar dah bagi surat awal2, menyatakan ibubapa tak perlulah bersusah payah nak bawak ape2 makanan, dan lagi...ibubapa juga tak perlu bersusah payah nak memberikan guru ape2 hadiah. aku dah agak dah. lagi la dalam surat tu kata tak payah bawak, lagi banyak la budak2 ni bagi hadiah kat cikgu2. adehhh!! pagi tadi sampai2 je aku depan gate sumer budak meluru jumpa aku sambil pegang hadiah masing2. untuk cikgu mila dan cikgu hanim diorg dah bagi. tinggal bagi kat aku je. ari isnin lepas dah ade yg bagi beberapa org. harini bagi lagi. aku dapat hadiah daripada diorg dan aku tengok hadiah2 itu dan muka2 mereka. dalam hati aku rasa berat je nak terima. sebab? aku rasa aku bukanla seorang cikgu yg baik. aku garang tau dalam kelas. tapi kan garang2 aku ni ha, ade lak budak bagi kad dia kata 'saya sayang cikgu farah', errr....budak2 ni tak takott ke ngan aku?

tapi mmg betul. aku banyak guna disiplin dengan budak kelas aku 6 tahun. tahun ni aku dapat ramai hero dari heroin. heroin cuma 4 org je. lagi 9 org adalah hero yang ganaz2 dan lasak2 sumer. awal tahun aritu aku ade dapat murid yg tak penah masuk sekolah..baru nak blaja pegang pensel. masuk 2 bulan aku dah takleh handle budak baru nak blaja ngan budak2 lain yg lasak2 nih. diorg sume dah terer2. kebanyakannya dari kelas 5 tahun taun lepas. kebetulan cikgu hanim datang bulan 3, terus aku bagi beberapa org murid baru yg tak penah belaja dan aku tumpukan pada budak2 yg lasak2 nih. yg dengan hanim memang patut pun dapat cikgu khas yg dapat mengasah kemahiran asas diorg. pendek kata...kena kontrol kelasakan diorg seiring dengan kepandaian diorg. aku slalu tertanya2. napela budak2 yg nakal2 sumenya pandai2? yg baik2 lembik2 budak sederhana pandai, hmmm..

kita tengok jelah gambar2 jamuan tadi ye!












pasta




kek besday budak. ade satu lagi kek tapi belum sampai



jajan yang dah di pek





*gambar budak pompuan makan & acara memberi jajan tak dapat di amik gambar. tak cukup kaki tangan nak melayan mereka dan amik gambar, huhu!!*

Monday, May 17, 2010

sehari ke pekan, pahang

hari sabtu 15hb arituh aku, abg dan faris memecah kedinginan pagi hari ke pekan pahang. ade jemputan kawin member abg di sana. jadinya jumaat malam lagi aku dah siapkan barang2 faris, bajunya beberapa lai..manala tau kot peluh ke tumpah air ke..baju malam lagi, kot2 sampai malam ke, pampes, dan barang2 sampingan. jam 8 lebih kami bertolak menuju ke gombak. lalu highway besraya depan mines terus ke mrr. pagi2 mmg tak lalu la nak makan sebab dah kelam kabut sumbat2 barang sume kan. so sebelum tol gombak sana kitorg pun singgahla breakfast di mcd. hmmm..sedap sungguh dia punya breakfast tau! geleng2 pale aku tahan nikmatnya makan western nih, ahahahah!!!



nak jalan ni




posing dulu sebelum jalan





breakfast @ mcd


faris tido lagi


faris da bangun. katne ni?

perjalanan kali ni kira 1st time untuk aku dan abg. aku awal2 lagi dah tengok peta untuk abg. dia sibuk suh tanya mana tempat tu, nak lalu kot mana, nak exit kot mana. abg aku nih lain macam sket. kalau pegi mana2 tempat pastu taktau jalan, tambah plak telambat sampai ke jem ke hape ke..dia boleh ngamuk tak tentu pasal, boleh sampai terbang la kete tu dibawaknya. sampai aku yg duk sbelah nih pun tahan rasa je bengang kat dia. org lain pun tak tau gak jalan kan tapi rilek je. boleh je pun stop mana2 tanya org. oohhh dia ni takde. dia nak sume nya perfect. jalan boleh straight terus sampai ke destinasi baru dia senang hati. kalau masih lagi nak tercarik sana tercarik sini mmg dia kalut la. aku yg tensen dok sbelah dia. jadiknya kali ni kami dah redi awal2. kuar rumah pun awal pagi, tujuan nak hala ke mana pun dah tau. so akhirnya dalam jam 11 lebih kami tiba di gambang. dari situ tengokla peta nak ke rumah pengantin tu kan. dalam 12 lebih sampaila.







makan2 dlm kete. comot eee!!

lepas kenduri kami terus balik bangi. takde nak tido kat sana ke ape ke. sebelum kul 7 malam dah sampai. lega tapi sakit punggung sebab dok je dalam kete lama2. faris pun tak nampak dia bosan sebab dia suka dapat jalan2 ngan ayah dia. bukan senang nak jalan2 ngan ayah nye tu kan..

*lain kali kalu nak ke pantai timur aku kena makan pil mabuk dulu la. jalan sebelum masuk highway punyala bengkang bengkok..pening pale aku!*


Friday, May 14, 2010

peritnya perjalanan

tahun 2010 ni merupakan tahun yang mencabar jugak pada aku dan abg. abg opis dia bermasalah dari awal tahun, jadik dia kena pulun keja macam 24/7. hari2 balik malam. sabtu keje sampai malam (opis dia swasta tak keje sabtu tapi kene keje gak..cane?), ahad lepas hantar barang tadika pun kene keja gak. berbulan2 jugak la jadik cengginih. aku kekadang sampai merajuk la. bila marah tu sampai pikir betul ke laki aku nih keje? apsal sampai memalam baru balik umah? kekadang aku ngan faris tertido depan tv tunggu dia balik. kalau malas nak tunggu terus je naik atas tido kat bilik. bila jadik camni alamatnya lambat lagi la nak menambah bilangan keluarga, uhuk2!!

satu lagi tentu la pasla kewangan. ohh teruk betul ini tahun. mula2 skali abg eksiden biasa je, langgar blakang kete org kat bulatan. nasib baik masa tu jem and jalan pun slow je. ok..sikit je kena repair. kali ke2 abg eksiden lagi. langgar lagi kete org. kali ni ranap jugak la bumper depan perdana tuh. masa ni la aku rasa nak nangis. abis duit simpan abg..duit aku..kena kuar untuk repair perdana. haii...aku perli abg banyak kali jugakla. "itula..bawak lagi laju2 kan..duit pun lajuuu je kuar"..isk..isk..

dalam masa yang sama faris lak demam batuk sesema tak henti2. 3/4 kali kuar masuk klinik area bangi tak jalan gak. dekat 2 minggu tak elok2. last2 kena ke klinik dr kwan di kajang gak yg ngam ngan faris. bila gi doktor pakar..duit pun memang pakar la jadiknya. urut dada...anak punya pasal.

baru2 ni repair perdana lagi. masalah pasal enjin, terenjut2 macam bawak manual padehal kete auto. kuar lagi duit ratus2. hari ni kete kancil lak kena hentak sama peragut kat tadika jasmin. peragut nih sedang melarikan diri lepas meragut jiran sebaris tadika. terjatuh (dna menghentak kerata aku!!!) pastuh terus melarikan diri. ni dah kali kedua kejadian berlaku depan tadika. haii..nak ketuk balik kete yang kemek tu...duit jugak! *ujung bulan nanti nak ke cameron trip cikgu aulad....nak pakai duit ape??? adussss!!!*.....bulan 8 kena setel insurans dua2 kete + rod tax...duit lagi..

*ade lagi beberapa bil dan hutang2 bulanan yang perlu dijelaskan..errr, saat ini aku masih lagi menggaru kepala. botak dah rasa kepala aku nih!!!*

walopun begitu duit belanja untuk faris tetap aku dahulukan sebab dia orang penting skali. aku tak gemar sbenarnya bila mak ayah asik belikan barang2 untuk faris. tapi kan dah namanya cucu 1st and kesayangan sumer..errr, tak dapek den nak menolak eh!!

mmm..semoga hari2 mendatang akan memberikan lebih sinar untuk kami ini.

*skang nih kitorg bernapas paras idung je tau. ngam2 cukup makan!*

Sunday, May 9, 2010

ronda2 kota raya

smalam sabtu 8 mei kami ke zoo lagi. kali ni ke zoo negara lak. trip budak2 tadika aulad semua cawangan. macam ke zoo melaka arituh, zoo negara ni pun ayah faris tak ikut. jadi dengan sukarela nya aku bawak la si faris sama2 melawat sedara. sib baik budak2 jasmin tak ramai yg pegi. jadik tak banyak kerenah and kelam kabut nak jaga budak2 tuh. cikgu ade lagi 2, and dengan senang hatinya aku menolak stroller faris ke hulu ke hilir ye.

kali ni bila faris dah besar dia dah paham ape yg berlaku di sekeliling dia. takdela dia tido je cam gi zoo melaka dulu. lagi dia excited bila nampak ramai budak2 lari2 tepi dia. pastuh masa animal show plak dia ikut tepuk tangan masa org tepuk tangan. tapi yg tak best faris kena gigit nyamuk lak kat situ. dia nih dahla kulit sensitif takleh kena gigit serangga cepat je merah..cuaca panas ke kan. almaklumla org kulit putih..

*next time ayah dia suh nenda jangan buat planning awal bulan. dia bz kat opis. jeles nak ikut tak dapat la tuh, hahahaaha!!*

*takde gambar budak lain ye. malas nak amik gambar. tangan penuh!*












Monday, May 3, 2010

beruntung nya faris!!

sejak faris kecik sampaila dah setahun nih, dia membesar di rumah nendanya. bila aku mula bekerja lepas abis pantang, dia kena tinggal. jadi sape2 yg ade kat umah nenda masa tuh diala yg jaga faris. masa faris baby memang sumer berebut2 nak jaga faris..nak pegang faris..nak cium2 faris..lagipun masa dia baby senang je jaganya. baring je atas tilam kan. kalau nenda ade kat rumah, nenda la yg jaga. kalau makteh cuti dr uia, makteh yg jaga. masa faris kecik maklang yg banyak jaga sebab dia masih menganggur lepas abis mmu. ade gak masanya yg ros jaga, bila org lain sumer sibuk adehal. maknya pun sibuk lagi ade kelas kat um (rasa cam tak sudah2 lagi blaja. ponek den tau!).


faris masa baby & makteh


faris and maklang


me & faris raya 2009


faris with makngah

faris with maklang & makteh



dera makteh jaga faris masa kenduri


masa nak amik nenda & andung dr haji


makan2 di luar

skang nih maklang dah dapat keje. kekadang je dapat jaga faris. tu pun adela dalam 10/15 minit nya, huahuahua!! sumer dah tak larat nak handle faris sebab faris dah besar and dah ke sana ke sini. memang memenatkan! dan turn maktehnya lak yg free jaga faris sebab dah abis uia, tengah tunggu nak chambering. pulunla jaga faris kan. tapi dari sudut pandangan dan pendapatan mak si faris nih..elok lagi makteh jaga faris dr maklang nya, hehehe *maklang jgn marah haaa!!* rasa puas hati la kan elok cara jaganya. pampesnya..susunya..(faris tak nyusu badan sebab maknya takde ilmu masa faris kecik. sampai skang rasa terkilan tau! sbg cara nak ilang rasa terkilan, aku tolong bg info kat member2 yg nak deliver. banyak aku kutip ilmu dr blog2 pakar laktasi and ibu2 menyusu, huah!), mandikan..basuh berak faris (hehehe..), ajar faris *walopun makteh asik tidooo je kan, hehe*. nak banding ngan kalu bagi kat org luar, tah cane dia jaga kebersihan anak kita..keselamatan..handle keperluan baby kan. nie baru anak satu makteh oiii!! kalu sok anak 4/5 tah sanggup tah tidak. maklang ok gak. tapi maklang banyak buli faris tau! garang pun ye, tapi maklang pandai agah2 faris. faris tengok muka maklang pun faris boleh gelak! tapi tu lah..maklang sibuk sangat dalam bilik..ngadap komputer je kejenya. mentang2la keje kat HP *uhuk2!!*


with maklang @ zoo melaka


with makteh @ hotel melaka


@ hotel melaka. mau breakfast dulu


faris with makteh @ bbq faris setahun

aku amat berterima kasih la pada sumer ahli keluarga yg jaga faris. kalau nendanya ngan andungnya lagi la. ade je benda nak dibeli nya. sampai ayah faris pun naik segan sumer barang dah dibeli tau. cucu pertama la katakan...


About this blog