kitorg baru selesai majlis tahlil. mak niat buat untuk arwah uwey, wan sebelah mak. tahlil untuk arwah atuk sebelah ayah dah buat dah masa cuti raya cina arituh. burp!! kenyang makan pas tahlil..sambal udang, kurma ayam, dalca, sambal cencalok, pehhhhh!! takleh tahan..yg dtg ramai dr kalangan kawan2 ayah, beberapa org jiran, beberapa org cikgu2 dan adik beradik belah ayah. best kalau org melaka ada. heboh satu jalan rumah kami nih.
uwey..dah meninggalkan kami semua sejak 2007. sama jugak ngan arwah atuk. selang seminggu uwey meninggal atuk plak menyusul. uwey sakit pelbagai. lama dah duduk di kerusi roda. asalnya cuma terjatuh, dan menyusul ke penyakit lain. sakit kulit, parkinson hinggalah ke akhir hayat uwey sakit sampai banyak kali masuk hospital. tengok uwey dah tua kena cucuk wayar, tiub sana sini. masuk anak tekak, masuk perut. sedih..masa lawat uwey dulu asik nak tahan je air mata. dah begenang dah kat tubir mata. kalau mak agaknya dah banjir dah sebab mak paling rapat ngan uwey.
kesedihan aku menjadi kemuncak saat uwey meninggal. masa dimandikan aku bermandi air mata. aku tengok mak apetah lagi. imah pun dah sama nangis cam aku. aku rasa syahdu skali sebab aku teringat kenangan masa aku kecik2 dulu dijaga oleh atuk dan uwey, sebab mak sambung blaja dan ayah bekerja. aku membesar di kampung. semua sedara mara duduk sekali. ada depan rumah atuk. ada kat belakang rumah. depan umah atuk dulu umah arwah wanwo and tokwo. aku ingat arwah tokwo bawak aku gi pekan juasseh naik moto. jalan2 minum2. arwah wanwo lak slalu masak lemak yang pedas tahap maksima. meleleh air mata dan air hingus aku! kejap2 aku lari ke umah wanwo/tokwo. sekejap lg aku balik umah atuk.
aku ingat istimewanya uwey..uwey masak sedap. walaupun hari2 masak lemak tapi isinya pelbagai. uwey juugak pandai jahit baju. kejap2 aku tengok dia menjahit. kejap2 aku tengok dia menyulam plak. kadang2 baju aku dan adik2 pun uwey buatkan. itu tak masuk lagi aku kena marah ngan uwey pasal berak merata!! (umur kecik lg daa). uwey ugut nak dimasukkan taik aku dalm mulut. hahaha!! sungguh aku takut masa tuh! kat umah atuk ada sekali abg man (pakcik aku), abg izan (sepupu aku), iwan (adik abg izan) dan kadang2 ada mak idah (adik beradik abg man). diorg sumer atuk bela dr kecik. campur skali ngan aku la. pernah dulu masa uwey belum sakit dia bukak kebun sayur kat umah tinggal kat sebelah. hari2 terbongkok2 tanam sayur, cangkul batas..buh baja. bila uwey dan sakit dan duduk kat kerusi roda, pergerakan uwey dah terbatas di situ. cuma ditolak ke dapur, ke ruang tamu, ke bilik air dan ke bilik tido. selama uwey sakit aku agak jarang nak berbual2 ngan uwey. bukan aku dah tak kenang jasa uwey. cuma aku tak reti nak sampaikan perasaan sedih aku, rasa simpati aku kat uwey. aku tengok je dari samping. cuma kalau uwey nak ape2 akan aku hulurkan. lama2 percakapan uwey pun tak berapa jelas lagi. dan aku makin tak berbual apa sangat. cuma peluk cium dan duduk kat sebelah. aku jadi taktau nak borak apa. nasib baik uwey dapat tengok abg hisyam. sempat uwey tengok aku kawin. sempat abg hisyamm carikkan ubat untuk uwey (abg keja kat comp pembekal ubat). cuma sedihnya uwey tak dapat tengok cicitnya faris.
walau aku tak rapat ngan uwey di waktu2 akhir, sedih aku tetap tersimpan di ruang hati. sesekali bila ingatan lalu menjengah, terus air mata aku bergenang. kali terakhir melawat kubur uwey masa raya selepas uwey meninggal. nangis aku di situ. aku rasa aku tak mampu nak melawat kubur uwey. sementelah pula atuk dah pindah ke sini. walau apepun, akan aku ingat kenangan bersama uwey sehingga ke akhir hayat..sebagai insan yang menjaga aku sewaktu aku kecil dahulu.
al-fatihah buat uwey..
di sini aku menyusuri celah kehidupan..bersama desiran angin bahagia..menguntai manik2 wajah kesayangan..
Followers
Sunday, February 28, 2010
Thursday, February 18, 2010
family trip-edited
cuti raya cina ni sefamili planning balik kampung+jalan2 kat melaka. aku pun kira ngikut skali la. ajak abg hisyam dia plak ade planning hari ahad. ade majlis tunang adik member. hoh! org dah syok2 planning bejalan satu famili boleh plak dia adehal. dia boleh hantar and amik je. hari kitorg bejalan2 takleh join. sabau jela (slang org melaka).
jalan kali ni best gak coz 1st time jalan ngan faris. 1st time jalan ade budak2. bila ade budak nih beg nak bawak pun betambah banyak la. maknya punya beg satu beg, besar satu beg sandang, satu henbeg. anak punya beg satu beg baju, satu beg pampes+barang mandi, satu beg susu/makan.peh..ah, tak lupe stroller ye! sebab planning nak ke zoo jadik kena bawak stroller. maunya nak ngangkat si faris yg makin berat tu pusing satu zoo melaka? mau? pengsan maknya.
agenda:
1. kenduri kawin sedara ayah (kawinkan anak), tahlil arwah atuk-sepanjang hari sabtu
2. jalan2 ke zoo, soping2 ke banda hilir, makan ikan bakar-sepanjang hari ahad
3. river cruising di banda hilir-isnin pagi
ade agenda yg tak sempat masuk list..gi soping kat jusco, gi mydin (ngeh2x), lawat kawan mak ayah..oh, next time kot.
nak citer, apartment yg kitorg book untuk 2 mlm tuh jenis tempat tinggal ke hape. senyap sunyi, takdak org ramai datang pun, bangunan tinggi2 macam bangunan tinggal, horror dan menakutkan!! bak kata mak boleh jadi lokasi penggambaran citer seram!! ayah kata dulu tempat ni 4 bintang pastu lingkup jadik tah bape bintang gak'eh. laluan nak pegi bilik senyap sunyi. bilik banyak tau. tapi menakutkan. lantai berabuk. kena panjat tangga bawak beg yg berat tuh. lif dah lama takleh guna. sib baik tingkat 2 jek. hisy..mmg seramla. tapi tanggapan tak selesa tu terus berubah bila masuk bilik. tengok kemudahan dalam bilik sumer ok dan selesa nak duduk, kira alhamdulillah..tapi memang la pasni kalu takde tempat kat satu melaka ni pun takmo dah dok situ lagi. baikla dok umah nenek yg sempit tuh. bentang toto lambak luar bilik pun jadikla.
panjang sangat citer nak tulis. tapi biarlah gambar yg jadik saksi.

Saturday, February 6, 2010
hadiah?
cikgu..hadiah ke tu? eh..mak kita pun buat camtula, dia ikat macam reben hadiah tau!....hahaha!! budak2 ni excited tengok kad2 yg aku bawak. minggu ni try nak ikat riben. mula2 ajar ramai2. pastu ajar one-to-one. aku tengok lagi ramai yg tak tau ikat riben dr yg tau. dan yg surprisenya budak yg pencapaian sederhana tersangat cepat mengikat riben yang diberikan, hebat!! budak ni dia mmg rajin dlm melakukan benda2 fizikal. rajin tolong cikgu2. maknanya dia dah diajar untuk berdikari dr rumah lagi. yg lain2 tu masih terkial2 nak buat step pertama ikat riben. belum step buat bulat riben lagi. ape2pun...moga lebih ramai ibubapa yg dapat mengajar anak2 mereka cara2 melakukan aktiviti harian di rumah (seperti ikat tali kasut, lipat kain, sikat rambut, butang baju, terbalikkan seluar dll). tengokla mereka ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)