Followers

Monday, January 25, 2010

the heat is on!

waktu ini kurasakan masa tidak mencukupi. saat kelas 6 tahun sudah kuambil, ku mulakan dengan penulisan rancangan mengajar (err...dah lama tak ngajar ramai2. biasanya sorang dua je). pastu nak pk lak ape cara / kekdah yg praktikal nak ngajar besok, cuz budak2 ku sumernya tahap berbeza2. ade yg terlebih pandai..sederhana pandai..and baru nak belajar menulis. jadi subjek tu kena agih2 ikut kemampuan. untuk yg 3 org budak baru aku masih lagi tunpukan pada menulis nombor dan hurf asas sebelum mereka boleh buat kerja2 lain. aku harap dalam 2 bulan ni dirg dah boleh menulis dengan baik (a-z) dan kenal angka (1-20).

untuk kelas um, sem ni kelas ku hari jumaat (6-9 mlm) and sabtu (8-11pg). uhh!! bayangkan jela balik kelas malam and besok paginya ade kelas lagi. huaaargghh!! ngantuk tau. tapi 22 kelas ni penting sebab ia berkait ngan kaedah nak buat penulisan (report writing). satu subjek statistik..ajar kaedah mana yg sesuai digunakan dlm report writing nanti. satu lagi subjek research..ajar tentang cara nak buat report writing. so by the end of this sem i have to hand up the proposal for the report writing based on what i've been learned through out this semester. tapi disebabkan kelas stat hari sabtu and cuti2 public pun banyak hari sabtu aku punya plan sume lari la. ade ke patut aku ngan abg dah plan nak balik taiping minggu nih (lama da tak balik tepeng)pastu lecturer kata .."kita jumpa minggu depan". aku pandang muka budak sebelah. eh..kanke next week thaipusam kan? so aku pun gi la tanya kat lect pasal cuti tu. dengan selambanya dia balas balik "awak join ke thaipusam tuh?" dengan cepatnya aku jawab "eh tak, tak." haaaa!!! kena sedas kat muka aku. pedas tuh!! aduhhh..hilang plan sumer. kalu gini punya lecturer nanti cuti raya cina pun tah2 dia tak kensel kelas. org lain punya kelas dah batal dia sorg jek buat kelas, huhu!!! baru je plan nak balik raya cina plak. kalu nak tuang rasa rugi plak sebab kelas stat tu..dahla datang kelas pun muka kerut2 nak paham ayat maths.. hai..

well..that's my life, heee!!

*guess what?? my stat lecturer baru je call me. she said that it will be no class on this thaipusam due to others complaints (i guess). whoaaaa!!!! she called me??? terharunya!!! ngeh2x..yes!!!! bole balik tepeng jumaat malam. yahoo!!!

Sunday, January 17, 2010

can they do it?

tahun 2010 tadika aulad akan buat satu lagi subjek baru, iaitu practical life. subjek ni pasal aktiviti yang kita lakukan dalam seharian, dan boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak di sekolah. antaranya ialah membutang baju, mengikat tali kasut, menyapu sampah, membasuh pinggan, mengasingkan objek mengikut kriteria, menuang air ke dalam bekas, memindahkan objek dari satu bekas ke bekas lain menggunakan sudu dll lagi. kalau kanak-kanak ni diberikan peluang untuk melakukan aktiviti ni mesti diorg suka.









Monday, January 11, 2010

sesi persekolahan

sekarang dah masuk minggu ke2 sekolah. haritu masa mula2 sekolah ramai murid baru menangis2 pegang tangan mak bapak mereka. ade sampai nak begayut kat belakang badan pun ada. hari ke2 camtu gak. hari ke3 pun sama. alhamdulillah masuk hari ke4 dan ke5 nampaknya dah ok, tak nangis. biasanya murid2 baru nangis sebab tak biasa dengan persekitaran yg baru. tapi ade gak murid baru yg selamba jek main2 lari sana kompat sini macam dah biasa jek. ini mmg jenis tak takut punya. yg ini takde masalah nak handle. cuma kena perati gaya permainan mereka ni yg ala2 nakal dan hyper.

minggu ke2 dah mula belajar lebih sebab masa memula masuk banyak bagi latihan melembutkan tangan. buat ikut garis dot2, mewarna, main plastersin, main cop2 ibu jari. yelah. untuk mahirkan tangan pegang pensel. tapi nampaknya masih ada murid2 yg tak pernah pegang pensel. amatlah rugi bagi murid ini sebab tak didedahkan dengan kemahiran motor halus/kasar di rumah dari awal. kalau last minit masuk tadika (sebelum darjah 1) baru nak belajar pegang pensel kira rugi la masa2 awal kanak-kanak itu (bawah umur 5 tahun). seeloknya ajarkan anak2 ini latihan menconteng/memegang pensel dari awal di rumah.

untuk permulaan, kena banyak kenalkan perkataan (bm+english). maths kena kenalkan konsep 1-one + bilangan objek. agama kena ajar tentang solat, bacaan solat, doa2 mudah, ayat2 lazim..belum lagi sesi bacaan bm+ bi. baru sesi pengenalan. ade gak umur 6 tahun belum kenal abc/123 + tak tau menulis. jadi latar belakang murid campur2 dlm satu kelas. yg ini kena lebihkan usaha nak mengajar mereka sebab bermula lambat ke sekolah. yg lain2 cuma nak mantapkan / ingatkan balik ilmu asas yg diorg dah belajar tahun lepas.

okla. hingga lain masa.

Saturday, January 2, 2010

di tahun 2010 ini..

2010 menjelang. aku takde rasa nak berazam ape2. cuma akan meneruskan kehidupan seperti biasa. aku takut nak berazam. aku pernah berazam di suatu tahun yg dulu. ape jadi? tahun itu menjadi satu tahun igauan ngeri bagi aku. jadi aku berazam untuk tidak berazam lagi di tahun2 mendatang. cuma aku berharap akan menjadi seorang yg lebih baik dari hari ke hari.

2010...bermulanya kelas um master aku. aku dah masuk sem ke 5. sem nih aku cuma amik 2 subjek saja, iaitu subjek fakulti. statistik dlm penyelidikan dan kaedah penyelidikan. subjek jabatan sume aku dah lepas. subjek fakulti ni amik bila2 pun takpe sebab ditawarkan setiap sem. yg subjek jabatan ni yg susah nak jumpa sebab dia cuma tawarkan selang satu sem. bukan ade tiap2 sem. so kita kena bajet/target ape subjek kita nak amik. kalu larat amik 3/4. kalu nak senang lenang sket amek 2 subjek. bukan ape. kami yg amik master 'PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK' ni kebanyakannya cikgu/kerja lain. jadik tak dapat nak blaja full timer. sape yg amek subjek banyak tuh kira dia betul2 full time blaja la. payah tau kalu amek subjek banyak2 nih. satu subjek ade 2/3 asgmts. kalu 3 subjek?? masakkkkk la. alhamdulillah untuk sem lepas aku dapat sumer B+ untuk ketiga2 subjek yg ku amek. dengan 6/7 asgmts + keja tadika + jaga faris = memang mencabar la jiwa raga ye. aku rasa bersyukur sgt dapat survive untuk sem lepas walaupun aku tak dapat A.

sekolah akan dibuka isnin ni 4 januari. aku di tadika jasmin dah terima banyak pendaftaran baru. tahun 2010 nih jadik sejarah sebab banyak org baru masuk. kalu nak dibanding ngan tahun2 kebelakangan nih bilangan murid kat jasmin siket je. 35, 40, 45. 2009 baru nih yg paling sekt. bawah 35 la. tu yg tekejut tengok pendaftaran baru 2010 kat jasmin meningkat mendadak. kelas aku 6 tahun dah nak mencecah 20 org. kelas mila 5 tahun pun sama. kitorg dah sepakat kalu lebih 20 je nak bgtau big boss suh bukak kelas baru and amek cikgu baru. rasa syukur sangat dengan perubahan jasmin pada taun nih. tapi dlm masa yg sama rasa gentar dan takut2 pun ade gak dengan harapan dan kepercayaan para ibubapa nih. diorg ni tak sama harapan antara satu sama lain. ada nak anak dia pandai 3M, mesti pandai baca, kira, menulis. tapi kebanyakan nya berharap anak mereka dapat didikan agama. ada yg dah penah sekolah luar tapi sekolah tu takde belajar agama. jadi diorg banyak refer pada kenalan/jiran/sedara yg penah hantar anak ke aulad jasmin. aku bersyukur sebab walopun tempat kitorg takdela secanggih mana..tempat budak main tanah pasir..takde permainan hebat2, takde peralatan belajar hebat2. yg ade cuma skil mengajar untuk bagi budak2 cepat membaca/mengira dan ilmu agama untuk mereka. pada mak bapak nih itu yg diorg pentingkan. alhamdulillah....

yang lain?? tunggu sajalah lain waktu. maklumat yg penting tu disampaikan dulu. yg lain akan menyusul ye.

About this blog