Followers

Saturday, October 5, 2013

kena alergik

tahun ini sudah berapa kali kena alergik. 2x kot. sekali tu aku makan ikan apa tapi aku tak alergik. adik hafiy yang kena pasal dia nyusu badan kan. habis bengkak mulut dia dah muncung ke depan. itupun aku lambat pasan sebab lampu dah kasik tutup. tapi dia leka lagi memain.

skang ni aku kena alergik pulak. dah hari kedua baru kuar ruam bengkak satu badan. hari pertama takde. tapi aku dah rasa semacam. tekak macam berbatu. tapak kaki rasa berbijik. belakang cuping telinga benjol sikit. apekah? bangun pagi rasa jejari tangan membengkak. nak genggam pun terasa bengkak. and tambah lagi mula rasa sakit sendi masa naik tangga. kat buku lali, kat lutut. takpe. ok lagi. sekali masa basuh pinggan baru nampak ruam banyak kat dua2 belah tangan. ha barulah rasa panik semacam. aku dah terbayang2 kena cek darahlah, kena denggilah. tup2 pegi klinik biasa dia soal jawab biasa je. pastu kata sebab aku nak demam tu. cek suhu pun 37.1..heh? taktaulah ape nak jadik klinik2 biasa skang. nyesal aku tak pegi azzahrah tadi. kat sana ok lah jugak cek betul2

nak mengingat ape aku makan 2 hari lepas kan. ohh payahnya bila dah rajin kena alergik nih. makan apa yang tak boleh pun taktau. sebelum ni ok je makan papepun. sepanjang lebih 30tahun hidup nih. aku banyak amalkan shaklee je. untuk alergik nih boleh amik alfalfa, vit c, nutriferon. aghhh..stok aku skang cuma ada b comp ngan vitalea je. nak kena tambah stok lagi nih.

~badan, legalah kamu..

Tuesday, October 1, 2013

more sweets for you

kuih apam bunga

peanut butter cups

grated chocolate cupcake

brownies pisang

red velvet cupcake

moist yoghurt chocolate cake

snow almond cookie

choc chip famos amos

puding coklat

mango vanila panna cotta

rich chocolate puding

strawberry puding


contact me yah!

Monday, September 30, 2013

place your order now

open for order - bangi and kajang area. made by my mom http://resipiibundo.blogspot.com/ and sis fb - sweetlings~

apam polkadot

 cake pop

 cake with buttercream frosting

 chocolate cake fondant

 chocolate moist cake with ganache frosting and almond nuts topping

 cookies

 cookies

 cream puff

 cupcakes





 fondant cake



 oreo cheese cake

 printed barbie doll cake with butter cream frosting

 printed chocolate oreo

 rainbow cake

 red velvet cake with cream cheese and coconut flake topping

 vanilla checkered cake with blueberry buttercream and ganache topping

cookies with customized shapes and colors

farah hamirdin
sms: 016-2446506

Sunday, September 15, 2013

kelas shaklee

sabtu 14 sept semalam daku pergi kelas shaklee kat sebelah manjaku bangi. kelas kecik je duduk atas lantai. anak2 boleh guling2. ku bawak adik hafiy sebab senang dia nak nyusu denganku. tapi rupanya leceh juga sebab dia jadik seronok nak lari sana lari sini. usik sana usik sini. puas nak kejar dia. bila makanan datang buh atas meja paras lutut puas nak jaga dia pulak nak usik makanan, huhu! macam tak konsentret dengar kelas tapi dapat jugak tangkap apa yg presenter cakapkan

aku rasa malu jugak sebab sales shaklee belum seberapa. bonus pun baru dapat 2 angka, huhu! yg diorang tuh sume otai2 agresif punya orang. menjual dengan semangat. bercakap pun dengan semangat! income memang dah cecah puluh ribu! bonus bulanan dapat. yang dah naik gred dan anak buah sume efektif aktif pun lagila dapat banyak jenis incomenya. huhu!! daku mengaku seorang yang pasif dan malu2, hoho!! err..nak income banyak2 kena jadik macam diorang pasif dan agresif. haih..


cubalah pelan-pelan kan? malu sesangat dalam diri nih. i pemalu lagi rupanya umur dah lebih 30an nih, huhu!!

cuba2la like page fb ku: sweet darling vitamin
or pm fb: farah hamirdin
or ke page: sweetdarling80.blogspot.com
or sms: 016-2446506

jumpa kamu nanti ya!

Thursday, August 29, 2013

bertukar sudah..



adik ini bakal bertunang. semua tak sangka. padehal asik bertanya bila lah nak kawin ni sebab umur dia pun dah makin lama makin bertambah. samalah ngan adik dia si fatimah tu. beza setaun je pun. soalan sama cuma jawapan je lain2 diorang jawab. hahaha!



ini maklang faris. maklang hafiy. assistant nenda. assistant of the house! urgghhh..mesti mak sedih sebab bila dah kawin sok dah takde depan mata mak. yelah dah ikut laki..

well, tunggukan majlis nanti berlangsung ye! semoga selamat semuanya, insya allah..

Wednesday, August 21, 2013

raya 2013

assalamualaikum semua. salam syawal. macam mana dengan syawal ni, masih beraya ke? kalau ada sape2 yg terasa makan banyak sangat masa raya ni, nak kuruskan badan, nak rendahkan kolesterol, nak detox, bolehlah cuba vitamin shaklee ye. kalau tak dapat beli set penuh, beli set bajet pun ok juga. shaklee ni nampak saja mahal tapi ada yang tahan 3,4 bulan. dapat benefit lagi. roger! roger! sape nak contact saya ye!

raya kali ni kami semua balik taiping lagi. taun lepas dah balik taiping. taun ni balik sana lagi. mak kata pun pegilah. dah hari2 jumpa mak. tapi tetap rasa tak best di pagi raya tak beraya ngan mak ayah. ngan adik beradik. sebelum raya tak dapat nak buat persiapan ramai2. nak anyam sarung ketupat. mana aci! nanti lama2 tak buat boleh berkarat skil menganyam tuh. jangan tak tau. kami sume adik beradik anak beranak pakar dalam menganyam sarung ketupat. siap berlawan2 lagi sape buat paling banyak. tapi bab isi beras tu sume surrender. takut kang terlebih sukat ketupat jadi keras mcm batu. terkurang sukat ketupat jadi lembik. yg tak tahan tu nanti kena kutuk kaw2 punya kalau tak jadi. so mak ajelah yg isikan..



pagi raya kami di kamunting..

Monday, July 29, 2013

monolog diri

sudah 20 ramadhan hari ini..

tiba-tiba sudah rasa ke penghujung. tiba-tiba rasa sekejap aje kita berpuasa. quran pun masih belum khatam lagi. kalau yg uzur lagilah tangguh khatamnya. tapi apepun bersyukur masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara di bulan ramadhan ini. bulan yang mulia dan penuh barakah.

sesuatu yang jengkel di kala ini. tatkala mendengar lagu-lagu raya berkumandang. rasa berdetik di hati, puasa masih berbaki tapi lagu raya dah dinyanyikan. di waktu malam hari masing-masing berebut-rebut membeli belah padahal di 10 malam terakhir inilah turunnya lailatul qadar. nikmat duniawi ataupun keberkatan pahala yang kita kejarkan? kita belum pasti adakah masih berkesempatan menghela nafas esok hari. masih adakah waktu untuk kita berpuasa di esok harinya. atau adakah ramadhan ini adalah ramadhan kita yang terakhir kali. amat payah kita nak temui suasana yang mendambakan ramadhan. di kedai-kedai, pusat membeli belah, di dalam kereta, dimana-mana saja asiklah dengan lagu raya. dimana zikrullah, dimana tasbih, tahmid dan takbir. dimana tazjkirah-tazkirah akan kelebihan hari-hari berpuasa sementelah kita berpuasa sehingga hari ke-29. dimanakah level kehambaan dan kesyukuran kita ke atas nikmat Allah pada masa ini.

di saat umur sudah 30an, apa yg kupentingkan adalah kesihatan badan. sebab itu aku masih lagi makan shaklee. pentingkan makanan rohani. hati sudah tepu dengan lagu-lagu duniawi. malah sudah berkira-kira mahu mendaftar untuk haji. Allah, umurku belum kutahu hingga bila. namun yang pasti amalku masih terlalu sedikit buat bekalan nanti. Allahu Rabbi..

About this blog