Followers

Monday, March 4, 2013

10 bulan perjalanan penyusuan

menjelang 10 bulan umur adik hafiy. alhamdulillah sihat cuma sedikit demam batuk dan selsema. kali terakhir makan steroid prednisolone adalah bulan feb lepas, setelah 2hr di wad hosp. aku amalkn makan omega 3 shaklee atas saranan upline ku kak n untuk booster interferon. (upline tp ku belum aktif lg berbisnes. baru mula utk mkn sendiri dulu),. alhamdulillah setakat ini belum ada tanda2 bintik purpura kat kulit adik. sesema batuk nih kena ada vit yg sesuai untuk protect badan dr virus mcm vit c, nutriferon. ahh, bekalku sudah habis harusku top upkan semula. untuk faris aku dah bagi dia mealshake masuk dalam susu. dia kata susu sedap macam aiskrim. omega dia tak suka sebab dia tak reti makan apa jenis pil. mesti dia nak termuntah.

sekarang aku masih lagi menyusukan adik. lepas pulang dr tadika waktu zohor ku bagi direct feeding hingga ke malam dan sama2 berbaring di waktu tidur. serius aku takleh nak nyusu duduk nak2 adik sudah besar dah tak larat aku nak pangku dia lama2. aku pulak memang kaki tidur dan aku memang suka tidur, hehehe.. gaya adik menyusu sekarang sudah buas dan bergaya bebas. boleh berpusing 180 darjah or tertonggek2 sambil menyusu. dah takde lagi gaya sopan berpangku duduk diam2 ye. macam tulah jugak masa mandi dah terpusing sana sini takmo duduk diam2. kita ni risau time tengah sabun kot tergelincir ke ape ke. dia selamba je nak bangunlah niaraplah nak jenguk2 tab isi air sebab dia suka nak tepuk2 air dalam tab. sabar jelah.

ku masih lagi mengepam di waktu kerja. gigih ku usung beg gabak spectra3 dengan beg tadika dengan henbeg, phuh!! di kala ini hasil pamku adalah 2oz kiri/kanan atau 2.5oz kiri/kanan atau 2oz kiri/2.5oz kanan. masa merudum dulu dapat 1.5oz je untuk dua2 belah. lagi dahsyat cuma dapat 1.5 oz sekali pam atau 2oz sekali pam. phuh..ini memang nak kena guna ebm beku yg berapa kerat tu di rumah buat bekal susu adik besoknya. bulan mac ni tetiba ada pulak boleh buat ebm beku yg 2oz or 2.5oz. aku pun pelik sebab dulu susu merudum tetiba ada plak lebihan masa adik di taska. ke sebab adik dah ku bagi bekal bubur dia dah kurang minum. alah sampai tengahari je di taska lepas tu maklang dia amik lepas habis waktu tadika (taska adalah taska nenda punya ye, muahahaha! guna tempat nenda punya aje. abg faris pegi tadika nenda juga!)
hari minggu sabtu dan ahad memang tak mengepam sebab dah melekat aje ngan adik. walau takde dah stok ebm beku berbotol2, takde dah mengepam bagai, tapi ku masih ingat konsep menyusu. kosongkan breast setiap 3 jam. minum hingga rasa kosong then untuk  sesi seterusnya tukar ke belah satu lagi pula. yg kosong tadi akan di refill semula. ia masih ada jika kita terus2an menyusukan anak. jangan ingat ia tak full and rasa kosong je maknanya dah takde susu. ingat..faktor solid food juga mempengaruhi amaun susu yg anak minum. tapi jangan ikut macam daku yg tidak kuat semangat nak mengepam. jika ibu2 kuat azam silalh mengepam dna mengepam setiap 3 jam even hasil cuma 2oaz/3oz itu sudah cukup. jika 4kali pam sudah dapat berapa? hasil botol2 itu boleh dibawa pulang dan dicatukan untuk anak minum susu fresh esok hari. saya salute pada ibu2 yg rajin mengepam! 

doakan daku dapat menyusukan adik hingga setahun. risau juga haritu susu merudum stok untuk besok takde. gigih mengepam bila urusan rumah sudah beres, tapi skang dah tak mengepam cuma melekap ngan adik saja. haha, mentang2lah hasil pam kat tempat keja ada. ok, sudah 10 bulan adik hafiy!

emel saya: farra_f@yahoo.com- untuk pertanyaan vitamin shaklee yg telah saya cuba

Wednesday, February 20, 2013

allergi

assalamualaikum

sudah lama tak menulis. adik skang kena allergi panas pulak. dah beberapa kali kena. ingatkan allergi makan. bila sekali kena tiba2 dah agak dah ni mesti takleh panas berpeluh ni.dia bukan naik ruam panas, tapi jadik bulat2 besar merah2. kat muka badan, kaki. kulit macam melepuh. amik masa lama pulak tu nak surut. kena tidur bukak baju suar tinggal pampes je.

ni kena lagi. kena misai ayah dia pulak. dah jadik balik bulat2 merah kat pipi. sensitif betul kulit dia nih. aduh..macam2 adik kena ni..

Sunday, January 20, 2013

ebm merosot, susu berkurang

adik hafiy sudah 8 bulan. sudah kerap makan. kebanyakannya aku buatkn adik bubur nasi, kentang, carrot. lain masa bg puri buah. alhamdulillah adik masih menyusu badan. susu masih ada. cuma amaun yg dipam dah berkurang tak sama macam dulu. kebelakangan ni pun jarang pam bila dengan adik. cuma sejak kes bekal susu adik masa aku keja dh berkurang, ebm frozen pun tinggal 2 ketul, masa tulah baru nak pulun pam di rumah. sekali pam 2.5 oz. ada yg lg kurg dr tu. tp lepas 2x pam ku campurkan. sedih tak? huhu! nak mengejar bekal adik minum.

selain dr itu aku tetap amik supplement shaklee, vitamin asas+esp, alfalfa, omega. lepas seminggu lebih baru kutahu kenapa pam dapat sikit-uzur rupanya. ohh, haruslah kutambah kalsium dalam badan. ostematrix shaklee sudah habis. ku beli susu tepung fernleaf untuk diminum. kena rajin minum susu nih. moga2 production lepas ni seperti biasa.

Saturday, January 19, 2013

daku kembali 2013 ini

assalamualaikum.

lama tak menulis. takde mood nak mulakan kata.

sekolah dah mula, dan aku amik satu kelas murid 6 tahun. baru nak start gear, adik hafiy sakit lagi. kena masuk wad lagi. dah timbul bintik2 di leher dan mukanya. asalnya dia kena sesema dan demam-jangkit dari abangnya. mujur hanya sehari semalam di wad. dan boleh balik lepas platlet naik bila makan prednisolone. sambung makan ubat di rumah.

faris? sudah masuk 4 tahun. kali ini dia di aulad centre. masuk kelas nenda pulak. nenda dia kelas 6 tahun, dia sibuk nak duduk sama. kelas dia 4 tahun taknak. janji dia buat keja tak main2 sebab dah duduk kelas prinsipal main2 kalu, siaplah dia. dah mula pakai uniform. nak2 aulad centre dan aulad perdana dah guna uniform baru. kajang branches je guna yg lama nak habiskan stok. seronok dia pagi2 ayah dia hantar naik moto. tak seronok bila dha kena kejut mandi pagi2. last yr ikut maknya gi kajang sampai sana baru mandi. tupun liat jugak nangis2 sedap nak tido je.

jari yg hampir putus dulu dah bersambung. cuma deria rasanya dah lain. jadi tebal2 kulit dia dan deria rasa tu dah tak sama. pendek kata nikmat hujung jari tu dah takde lah. nak pegang pensel pun kekok (saya tulis tgn kiri), nak sepit pin bawah tudung pun tak boleh kena guna jari tengah. itulah. sape suruh potong jari. takde keja carik keja.

next time citer lagilah ye!

Tuesday, December 18, 2012

potong jari

sudah satu minggu derita sakit jari kena potong. sekarang sudah cabut jahitan nak tunggu jari pulih semula. moga2 boleh pulih. makan jeli gamat luxor dan vit shaklee. alkisahnya nak bukak refill susu tepung faris. refill tu plastik bukan yg tin. biasa kalau nak bukak plastik minyak ke plastik susu ke cucuk guna pisau dari tengah ke tepi. kali ni dah nak kena, terbelah jari terus. sebenarnya hujung pisau tu dah patah. cucuk sekali tak masuk. lepas tu cucukla kuat2. jari tengah pegang kat atas. apelagi, kena la. memula kena terkejut terdiam kejap. tengok dah kena potong jari hujung tu. tak berani belek lama2. terus basuh bawah paip sambil mata carik kain nak tekup. capai ajelah kain buruk dapur. terus abg bawakkan ke azzahrah bangi. aku dah rasa nak pening2 dah. sebab sakit pun ye. sebab xleh tengok darah pun ye. sebab jari dah terpotong pun ye. rasa nak pengsan. masuk bilik rawatan sah2 kena jahit. kena cucuk ubat bius. sakit jugak masa cucuk tu. tapi masa jahit x rasa la sbb tangan dah kebas. nasib dia bius kalau x menjerit la aku dalam bilik rawatan tuh

lepas jari telunjuk berjahit dan berbalut pergerakan sume rasa sungguh terhad. nak memegang apa saja sume tak boleh. sakitnya sampai ke satu tangan terasa. ada dpt antibiotik ngan ubat tahan sakit tapi aku amik sehari jek. sian kat anak sebab aku breastfeed. masa makan hari 1st pun tunggu 3jam baru bf anak. pernah tahan rasa sakit tu sampai aku pening kepala pusing2. anak terkena tertepis sikitpun sakitnya tak terkata. hari ke4 tukar balut. lepas tu balut sehari je sebab dia dh takmo lekat.aku bukak2 jenguk kat dalam tu. nampak jahitan ngan bekas belah tu ada tanda hitam2. ngeri x ngeri. lepas seminggu luka dah kering dah laju je boleh buat keja. so bukakla balik jahitan

~abg cakap apsalla tak guna gunting. ye jugak. tak pasal2 kena. takde keja carik keja..

 kena 5 jahit

 dah bukak jahitan

Friday, November 30, 2012

result bone marrow

bone marrow dah buat isnin 26/11/12 lepas. 8.30 kuar wad menuju ke bilik ot, 10.30 dah masuk wad balik. sampai sehari tunggu adik keluarkan kesan ubat tidur tu. sebelum prosedur bacaan platlet tinggi 112ribu dari paras normal 150ribu. sesi pagi tu sempat jugaklah dua kali aku kena marmet sebab bengkak susu. lama tau adik kena puasa. dari jam 4am sampaila dia dah sedar betul dr ubat tidur tu dalam 2.30pm baru aku susukan dia. sebelum tu aku dah mula bengkak lagi tapi sebab mata sudah berat aku tido jap. dan adik pun terus boleh menyusu. legalah rasa.

besoknya selasa bacaan platlet turun ke 73ribu. seharian adik meragam. risau juga. sebab tak selesa badan ke. sakit kat tekak ke (masa prosedur kena masuk tiub kat tekak untuk bantuan pernafasan). sakit mesti ada lagi kan sebab punggung kena tebuk. mesti ada rasa sengal2. hari rabu punya bacaan platlet jatuh lagi ke paras 36ribu. wah, sudah drop 2 hari berturut2. even doc pun risau dia dah suh staf bagi ubat steroid prednisolone tu walaupun result bone marrow belum keluar. so aku pun bg la. yg ni dia jenis tablet. nurse dah larutkan dalam air gula. ubat ni mmg pahit yg amat. dulu follow up dr pantai pun dpt ubat predni juga tapi pure liquid punya. xde campaur2 air gula. patutlah adik dapat ubat tu dulu dia luah2 balik siap memek muka ketat2! rupa2nya mmg pahit dr ubat pahit. sian adik kena telan ubat camtu.

harini khamis bacaan platlet sudah naik ke 57ribu. result bone marrow pun sudah keluar. doc cakap adik mmg sah sakit itp dna bukannya leukimia or kanser ke. dan predni mmg kena amik sebulan. 7hr dos sama, hari seterusnya dos dikurangkan. kalau nak balik dah boleh tapi kena datang hari2 amik darah sebab nak bg platlet naik sampai 100ribu baru ok. kalau camtu aku tunggu saja di wad sampai platlet naik. org kata predni/mana2 steroid mmg tak bagus untuk badan apetah lagi untuk baby. mungkin akan cuba jugak cara yg lain. time amik ubat ni bahaya pada jangkitan sebab ubat ni dia merendahkan imun badan sebab imun badan ni dia serang platlet darah. tu sebab platlet rendah. bila imun rendah platlet akan tinggi. tapi jangkitan pulak senang masuk. tu yg doc cakap jangan bagi adik bejalan2 kemana2. kira duduk setempat jelah. even yg kat rumah tu pun agak2 kena waspada jugakla sape2 yg tak sihat tu kan. ngan maryam ada faris ada, fahim ada baby baru pun ada. tak masuk lg pakcik makcik lain kot2 sesema batuk ke. memang senang je jangkitnya.

Sunday, November 25, 2012

episod ke3 adik hafiy itp- hosp serdang

bersiaran dari hosp serdang. adik hafiy ditahan wad kes platlet darah rendah untuk kali yg ke3. nasib baik cik abg datang bawak laptop dan dibenarkan aku guna hujung minggu nih. kes adik arituh masuk hari selasa 20/11/12 kerana demam panas dan mula batuk2. kulihat sudah timbul satu bintik dimukanya. hati dah terdetik yg platletnya mungkin rendah lagi. ni dahla demam panas, macam episod ke2 adik haritu. lepas seharian di bahagian rawatan kecemasan hosp serdang (banyak pulak tapisan klinik dia), baru doc suh masuk wad. itupun kalau aku tak cakap adik sakit itp dia cuma nak bagi ubat demam ngan antibiotik aje. banyak cantik nak senang muka dia. aku cakap dia kena amik sampel darah baru dia nak buat. tupun lepas dia suh tunggu result sejam, dah gi lunch kat cafe, dia cakap result x jadi sebab beku..kena buat balik. then dia kata kena tunggu lagi sejam. lagi banyak cantik muka dia. yg tadi buat tuh terhegeh2 la agaknya nak bawak masuk lab. nasib aku hangguk je kepala cakap boleh tunggu. anak dah meragam panas nak bagi ubat sendiri kat rumah? aku rela tunggu.

dipendekkan cerita kali ni jadi nak buat prosedur bone marrow besok, isnin 26/11/12.amik sampel sumsum tulang. nak tengok kenapa platlet darah dia rendah. dan nak konfemkan betulke dia sakit itp atau sakit serius yg lain macam leukimia. dari hari selasa haritu sampai jumaat di bilik 4 katil, doc dan nurse pantau demam dan batuk adik. demam alhamdulillah surut lepas dua hari. batuk je ada lagi. adik perlu stabil sebelum prosedur tu nanti. mula sabtu semalam doc suh masuk bilik 1 katil untuk pencegahan jangkitan, ready untuk isnin. so sabtu, ahad adik ok cuma on dengan nebulizer setiap 4jam. harini ahad dah selang 6jam sebab doc cek paru2 dia bertambah baik. doc kanak2 yg nak buat prosedur besok pun dah datang. pakar bius pun dah datang, dia cuma risau batuk adik akan menyebabkan tiub pernafasan susah nak masuk tekak sebab tekak mengecut. tapi bila dia cek batuk adik ok dia kata insyaallah sume ok. besok ayah dia teman dalam ot masa prosedur. adik akan puasa dari menyusu jam 4am nanti. prosedur mula jam 8am. mungkin dalam 2jam. lepas selesai nak tunggu adik sedar untuk terus feeding lg. adik, semoga adik berjaya harungi episod besok. mak akan tunggu adik untuk kasi adik minum ye. jangan risau nanti ayah teman adik. be strong adik. lawan sume tuh!

About this blog