Followers

Tuesday, September 27, 2011

nak petua?

cara2 nak bagi puas semasa mak2 buyung mabuk2 muntah ialah-----> cuba bayangkan keadaan toilet yang busuk dengan lantai yg kotor dan berlendir, serta membayangkan tahi pampers anak anda yang anda basuh selalu tuh! sure dengan tak semena2 akan kuarlah segala isi perut yg dr tadi dok tahan..tahan tak bagi kuar. lepas dah abis kuar sure lega satu badan and kepala. tak caya....cubalah!!

sekian petua yang tak seberapa dari acik-baru-nak-buyung! hehehe..

Sunday, September 25, 2011

fasa 1 bermula

aku dah mula mabuk2 muntah. semalam seharian berkejar ke toilet memuntahkan isi perut. aku nak cakap yg aku paling tak suka bab muntah2 ni. sbb segala apa isi perut kekadang akan melekat di tekak dan rasanya yg payau dan..urghhh!! mmg tak best langsung! memang terbaring ajelah smalam. kepala pun dah pusing. elok hilang pening aku bangun buat sup ayam, huhu!!

ni aku dah mula elak bau2an yang spesifik. dulu masa faris aku takleh bau pencuci lantai, pewangi baju dan kuah laksa nyonya yg aku rasa busuk sangat bau dia! yg ni aku rasa takleh bau gulai mak masak kat dapur, dan bau pewangi ape saja. susu yogurt pun aku rasa tekak aku kembang je nak ngabihkan. hai..nasibla rehat di rumah mc 2 minggu. lepas 2 minggu habis nanti kenala mabuk2 layan muntah kat tadika ye.

Thursday, September 22, 2011

syukur hamil lagi

lama ku menyepikan diri. rupa2nya ada sebab ye. dah dapat pengesahan dari doktor baru ku berani menulis di sini. alhamdulillah aku kembali peknen. ini kandungan yang ke-4. cuma diharap dapat menjadi anak yang ke-2. kerna ku pernah keguguran dua kali pada masa2 lalu. disebabkan history daku yg pernah gugur, maka aku pasti akan alert pada setiap bulan waktu haid. alhamdulillah waktu haid ku datang tetap dan jarang ada yang tidak tetap. malah ku rajin menulis di buku catatan setiap kali hari pertama haid datang.

minggu lepas ku telah kelewatan waktu haid. sehari..dua hari..tiga hari tak jugak datang2. ku dah rasa gerak hati. tak pernah ku lewat haid beberapa hari. sambil2 tu sempat juga ku masak2 lauk tengahari untuk kawan2ku datang makan, dan ikut juga mak ayah ke rawang berjalan raya. dalam tempoh 5 hari itu ku sudah rasa senak di bawah perut dan kepala mula rasa pusing. ku menunggu lagi untuk membuat pregnancy test sendiri minggu ini. alhamdulillah ini hasilnya..



situasiku menyebabkan aku terpaksa alert dengan kelewatan haid kerna bimbang akan sebarang pergerakan yg merbahaya di awal kandungan memandangkan sejarah aku yg lalu. doktor juga bersetuju aku datang awal untuk pemeriksaan untuk pemberian ubat penguat kandungan dan supplement. alhamdulillah aku dah pun minggu ke-4+.. dan ku telah diberi mc 2 minggu sehinggalah ke apmt seterusnya. iya, aku meneruskan dengan datuk dr nor ashikin mokhtar. pakar o&g yg telah memeriksa dan menyambut kelahiran faris. kliniknya Primanora ada di taman tun. dan bakal melahirkan di hosp pantai. insyaallah dengan bantuan doc ku mampu untuk meneruskan kandungan. tapi rasa gentar jua untuk melalui fasa trimester pertama dimana ku mabuk muntah teruk, demam2, puasa, dan ku terpaksa dimasukkan air beberapa kali sepanjang bulan puasa 2008 dulu. faris lahir april 2009.

ku mula perasan faris lebih kuat merengek minggu lepas. ada saja yg tak kena yg remeh temeh pasti mengundang tangisnya suruh dukung dan dipujuk. macam tau2 saja..


kena sedut gas-batuk2 demam pula

Thursday, September 15, 2011

suci lagi menyucikan dengan selawat

tadi ku bersiap2 bahan2 nak buat rendang besok. cik abg dah beli kat pasar borong selangor. budak2 berdua tuh nak datang lunch jumaat besok. sesaja nak lepak sama2 sementelah cik huda kita tuh nak edarkan kad. orang nak kawin katekannn..itu menu lain. menu asal adalah nasi daging, sup daging, asam belacan tomato..rendang sok lawan ngan lemang. huahua...acik lama tak masak rendang. sejak dok umah sewa kat kajang dulu. adela 5,6 tahun dulu, huhu!! terasa2 la jugak nebes dihati kan.

mak slalu pesan, kalau kat dapur nak siap2 bahan masak, semua bahan yang nak guna mesti basuh dengan selawat. basuh sayur selawat. basuh ayam selawat. basuh ikan selawat. basuh daging selawat. even basuh perkakas dapur pun selawat juga. mak memang banyak kali pesan kat kitorg2 yg pompuan nih. untuk kegunaan di masa depan jugak. tapi kata ayah pulak, kalau kita basuh sambil berselawat, maknanya bahan masakan tu/alat dapur tu akan lebih suci lagi menyucikan. maknanya kalau kita basuh biasa ianya suci. tapi jika disertakan dengan selawat akan lebih menyucikan. sedangkan telur ayam yg dibeli pun ayah pesan ambil satu persatu dan basuh hingga bersih. biar hilang segala kotoran dan taik2 yg melekat di kulit telur tersebut. cuba bayangkan kalau kita beli telur ayam pastu letak kat dapur ke kat peti ais ke tanpa membasuh terlebiih dulu, pastu bila nak masak terus aje kita pecahkan telur tersebut ke dalam kuali. camne rasa? yarkhhh!! sebab tula ayah bila kuar nak beli roti canai dia akan tanya kat org yg tebar roti tuh pasal telur-awak ada cuci ka telur tu?..kalau tak cuci dan nampak ade kesan taik memang ayah taknak makan kat situ.

sebenarnya kalau ikut logik memang patut. basuh sayur satu persatu sbb nak selak balik2 daun tu kot ade tak ulat ke pasir ke. perkakas dapur, untuk elak dari kesan2 abuk dalam almari ke binatang merayap ke kan. tapi yelah. tak sume org suka nak renyah2 ni. sume keja nak cepat saja. buat mana yang tercapai je kan. tapi kalau dapat buat dengan teliti adalah lebih bagus lagi.

oklah. nak sambung prep makanan nih. hai tah pukul bape nak tido nih kang. tapi nasib baik kawan2 terdekat je. bukannya panggil 10/20 org datang, hehe..

Tuesday, September 13, 2011

persahabatan itu takkan putus

sejak aku berpindah sekolah ke smka maahad hamidiah kajang masa form 4 aku dah pun mula mengumpul geng2 sekolah (?). yg pasti geng aku sejak zaman kecik dulu rupanya ada jugak di kelas sains maahad tuh. sape lagi kalau bukan.....UDE!! ye, yg slalu kuar bersama dengan dyla tuh. aku daftar2 masuk aje dah nampak dia dalam kelas sains. ade beberapa org budak lelaki lain jugak yg aku kenal sebab sama sekolah rendah macam umar wahab dan fadzli amin. aku kat sharodz dulu tak sempat nak tau yg ude dah pindah masuk maahad masa dia form 3. so, kat kelas sains tu lah aku kenal sorg2 yg akhirnya membentuk rapat satu geng berenam yg agak2 serasi kepala otak kami sumenya. hehe..geng2 buat kecoh dlm kelas antara berenam tuh mestilah aku and ude. yg in the middle mas and kakpah. yg paling baik dan sopan mestilah sood dan nura, hehehe..tapi tak boleh lupa yg aku fail sume subjek elektif masa peksa form 4. lepas tu baru aku pelan2 maju sikit demi sikit. tapi still tak cemerlang smapaila masa spm. dapat kepujian pun jadilah. masa tuh killer subjeks aku ialah subjek teras. aku sangat suka pada sejarah dan maths. sampaikan sejarah yg bosan itu menyebabkan sume bebudak nih termasuklah yg budak laki baris kami di belakang suka sangat pinjam2 buku aku nak carik jawapan, hehe..memang aku suka sejarah!

bila matriks aku-sood-ude-mas sama2 masuk matriks kuala pilah sbb kami apply ukm. kakpah and nura masuk upm. but kami still keep in touch sampaila aku kawin ogos 2003 dan kakpah kawin dis 2003 x silap. tahun yg sama but kakpah dapat anak dulu, heh! then nura lak kawin tahun bape dah tak ingat tapi aku ade pegi majlisnya di tanjung malim sana ngan cik abgku. tinggallah sood-ude-mas yg masih bujang trang-tang-tang. tapi yg terkini ude akan berkahwin 1 okt nanti, syukur alhamdulillah.

skang kakpah dah pun balik dari usa dlm 2,3 bulan tapi tak dapat jumpa lagi even dia pun dah stay kat bangi sini. dia pegi 2007 masa tu dah dapat anak kedua and anak ketiga dia dapat masa kat sana. cute kan dapat anak oversea macam diriku jugak, huhu!! mas ada beberapa kali ku terserempak dengannya. kejap di pasaraya warta. kejap kat giant belah sujana impian kajang. kejap kat kedai gambar seksyen 4 tbhn. tapi mmg fail nak balas sms kalau sms dia. hai lah mas..mas. nura pulak ke aussie sana. rasanya dah 2 tahun kot tapi nasib baik ade fb boleh jugak nak layan2 borak kan. sood dah jadik cikgu kat sekolah rendah taman jasmin kajang. heran kan sebab aku cikgu kat tadika aulad taman jasmin kira dah dekatla ngan sood cuma tak penahnya berjumpa walaupun dah dekat. raya baru ni aje dapat jumpa itupun tergerak hati nak recall dia rupa2nya ayah dia baru meninggal beberapa hari sebelum raya sebab diabetis dan jangkitan lain. patutlah tergerak hati sangat nak sms dia padehal taun2 lepas punya raya mana nak jumpa ke sms ke. alfatihah to ayah sood.

well..gambar masa dulu ade nak kasik tunjuk cuma dalam album lama lah. nak kena punggah pulak pastuh scan. macam tak rajin je rasa. apepun gembira sangat sebab dapat jumpa aku-sood-ude. insyaallah ada rezeki lagi dapat berkumpul lagi ngan kakpah-nura-mas berenam macam dulu dengar macam2 cerita. mesti best kan dapat mengulang kenangan lama. korang..tetap dalam ingatan.

Friday, September 9, 2011

jamuan raya tadika aulad jasmin

jamuan hari raya tadika aulad taman jasmin...inipun ramai yang tak datang.





biskut2 raya. sampai balik pun ada lagi berbaki











Thursday, September 8, 2011

pendaftaran aulad jasmin 2012 dibuka

panasnya cuaca sekarang membahang. kalau malam tu maunya 2 kali mandi. dah mandi petang pastu buat keja2 dapur lagi mesti peluh2 sampai badan melekit rasa tak selesa. kalau tido pulak pasang kipas full volume. nasibla kami takde aircond. kalau cuaca sejuk rasa sejuk sangat sampai bukak kipas no 2 saja. hmm..takleh nak bayang camne tahap kepanasan mak masa di mekah yg suhunya 40 celcius lebih. terima sahaja..

kami di tadika aulad taman jasmin sudah membuka pendaftaran untuk sesi tahun 2012 akan datang. jika ada sesiapa yang berminat untuk pertanyaan boleh datang ke premis cawangan di taman jasmin jalan semenyih kajang. atau emel kan padaku: farra_f@yahoo.com. insyaallah tahun depan ku akan mengajar semula disebabkan permintaan yang tinggi. kepada ibubapa insyaallah segala kekurangan akan diperbaiki untuk tahun hadapan. jika ada sebarang cadangan juga boleh kemukakan ye. boleh lawati kami di facebook Tadika Aulad Taman Jasmin.

~besok jumaat kami akan berjamuan hari raya! mesti meriah sebab budak2 sume akan memakai baju raya yang warna warni :)

About this blog