Followers

Friday, June 17, 2011

oprah

semalam tengok citer oprah. farewell season dia. dia buat siri2 flash back episod2 yg dia dah buat dulu. satu ni yg dia flash back ialah saat oprah memberikan setiap sorg $1000 kot untuk disumbangkan kepada org lain yg lebih memerlukan. aku ade tengok episod ni. mmg oprah ade bagi duit kat audiens and siap bg camcorder lg untuk bukti sumbangan tu diberi pada sape. masa flash back ni dia panggil sorg audien yg terima duit oprah dan dia beri sumbangan pada satu keluarga besar yg ada anak ramai dan ada cucu. ketua keluarga pulak x sihat ada masalah otak dan mmg daif lah xdpt nak hidup mewah mcm org lain. jd pompuan nih dia ajak masyarakat buat sumbangan barang dan duit sampai jadi berapa puluh ribu tah, terus dia sumbang kat keluarga nih. tacing betul masa sesi penyampaian sumbangan tuh. bukan takat tu saja. pompuan nih terus support keluarga nih untuk tempoh 3 tahun seterusnya. masa dia dipanggil ke rancangan oprah dan sekali dgn keluarga nih ade plak sorg doc bedah yg nak sponsor pembedahan otak ketua keluarga tuh. pembedahan tu berjaya cuma kesan dia lelaki tu kena strok separuh badan. tapi yg sangat terharu ialah bila dia berterima kasih kat pompuan tadi yg masih sokong dan bantu keluarga dia. dan lelaki tuh pulak sambung lagi blajar kat universiti kot. even ngan keadaan dia yg strok dan x dapat buat ape2 keja lain tapi dia nekad sebab dia kata xde ape lagi yg dia boleh tunjukkan timer kasih kat pompuan tuh dan buktikan kat keluarga dia yg ade sesuatu benda lain yg dia mampu buat dalam keadaan dia macam tu. ngeeee...sangat sedih hokey!! saat terima sumbangan masing2 mata berair2. jumpa dlm rancangan oprah nangis lagi. kena interview rasa sebak lagi. mau tak aku yg nonton pun merembes2 air mata. kejap2 kesat kejap2 kesat. adehhh...sedih sungguh acik. i salute u lah wahai oprah. banyak dia singkap kisah manusia dr semua kejadian, kelebihan dan kekurangan. ohhh...srettt!!!!

Tuesday, June 14, 2011

pura-pura aje..

kita kadang2 terpaksa menjadi bukan diri kita. sebab? kan dah namanya adat ketimuran. kenala beralas kata2 dan bersopan santun. kan. dengan org2 yg tak sepatutnya kita nak sopan santun pun kenalah kita mensopankan diri kita. kan. hari2 macam tu. setiap masa. menjadi seorang yg berpura2 untuk menjaga tatatertib komunikasi. itu kiasan org dulu2 lah. skang nih x ramai yg mengamalkan sikap pura2 yg beralas kata.

kita pura2 mendengar isi hati org - sedangkan dah berkali2 kita asik dengar cerita yg sama. naik menyampah lak rasa

kita pura2 senyum ngan org - padehal kita tak bape 'gu' ngan dia

kita pura2 nak tolong dia - padehal dalam hati malasnya nak tolong sebab penah terkena ngan dia

kita pura2 buat baik ngan org - padehal kita tau dia tu selalu je menyusahkan org lain

kita buat2la cakap elok2 kasik manis muka - padehal dalam hati rasa nak tempik je sebab dia tu pun cakap macam 'tuuutt'!!

pura2 ni dah sah2la tak ikhlas kan. harap manis depan muka je. ikhlas tu kalau kita senang ngan dia. kita rasa selesa ngan dia. yap. selesa adalah perkataan yg sesuai. kalau kita selesa dlm persekitaran tu ape yg dibuat pun dengan hati yg senang dan gumbira. tapi nasibla kalau kena berpura2 baik ngan seseorang. kang kalau tak pura2 cakap direct je kang kata mulut takde insurans kan. eh..kak tijah, ade x jual insurans mulut? kalau ade agak2 nak ready gak. manala tau untuk bekalan kemudian hari. kan.

Saturday, June 11, 2011

kesian faris

faris demam lagi. on off masuk hari ke4. dan paling teruk batuk lengkung2. alaa hai. tengok budak kecik batuk kuat2 bisa buat jantung luruh. dah jumpa paed dr azam di hosp pantai. faris kena tonsilitis. tu yg buat dia demam. dan punca dia kerap batuk sebab x bagi ubat inhaler yg diberikan dengan berjadual. means...hari2 kena bagi ubat tu kan. dah tu maknya pun bagi selang 2 hari. siang bagi malam x bagi, kan. desyumm kena kat batang hidung sendiri, huh! yela yela aku bagi la tetap. x sanggup tengok asik makan ubat je. dahla berjenis2 berbotol pastuh bila batuk kuat dimuntahkan nya ubat yg dah ditelan. and kena basuh cadar/alas bantal/ kain lap..huarghh!!! time ni la terpaksa rela jadik rajin membasuh bekas2 muntah. cepatlah sihat anakku. jap lagi mak bagi ubat lagi ye.

Friday, June 10, 2011

emo..emo..

ape nak tulis? takde ape. nak ikut tema memacam nak citer. malaslah. tapi cuti sekolah 2 minggu nih berusaha jadik surirumah yg bagus walaupun ade lg tak terbuat2. kemas rumah. basuh baju 2x sehari. lipat baju. mop rumah. cuci luar rumah dan potong rumput je belum. perlu diakui aku bukannya org yg rajin setiap hari. nak2 bila tgh down rasa cam malas nak buat pape. tapi kang kalau ikut hati taknak kemas hari2 rumah jadik tak terurus lak. kang kena marah lagi. jadi kenalah paksakan diri buat hari2 benda2 yg diatas. nasib ade faris yg aku kena uruskan dia setiap masa. kalau takde faris, tak rajinla aku nak kemas hari2. aku boleh kemas tapi bila aku nak kemas dan aku adee kemahuan nak kemas. kalau disuruh2 dipaksa2 kemas mmg aku lawan la *dlm hati*. hai...sape ibu2 yg rajin urus rumah, anak dan suami memang salutelah! aku surrender! anak baru sorg. husband dah bising dia kurang diuruskan. kalau anak ramai? hmm..management..management. sebab tulah aku dah malas nak habiskan tesis aku. nak skip boleh? dah takde mood nak belajar. lantaklah. 2 tahun nih pun tunggang terbalik emosi aku neh. apsal eh? mebi sebab 6 tahun dah biasa hidup berdua. pastuh dapat baby lak. tetiba blaja cara nak urus baby-rumah-suami. mmg tak cukup kaki dan tangan aku neh. mental dan emosi aku toksah citer lah. kalau dapat husband yg paham takpe gak. tolong urus anak memalam. tapi kalau aku je yg urus? err..memang rasa nak terjun tangga je. nak urus semua pihak dan tempat dalam satu masa. ngaaaaaaa!! mau tak emosi aku terkapai2.

*camnelah adik2 aku si kirin ngan imah sok dah kawin blaja kemas rumah. diorg pun sama gak malas nak mengemas, wakakakakaka!! dahla masak pun tidak. aci tak kutuk diorg tuh ha? hehehehe..*

Saturday, June 4, 2011

tengok wayang lagi

dalam masa 3 hari saja kitorg dah tengok 2 movie, heheheh!! balas dendam kot dah lama tak tengok wayang. hari kamis lepas g tengok citer pirates and the caribbean. lepas 2 minggu keluar. minggu 1st tak dapek nak nengok. full book!! minggu lepas gi bercuti ke melaka. ha, kamis baru dapat tengok sebab adik ade kelas tambahan isnin-rabu. hasilnya?? alerrrr...rasa terkilan la pulak sebab citer kali nih tak seberapa gempak sangat tak macam 3 series pirate yg terdahulu. hmmmm...ade sikit kureng laa. rasa kalau skala 1-10 tu dapat markah 6 je kot. ye ke? dah ade yg cakap citer tu pun kurang best. ade yg rasa best citer tuh?

sabtu tadi tengok pulak kungfu panda. tiket dah beli siap2 masa kamis lepas. kali nih bawak faris sebab dia kategori umum so boleh bawak budak. tengok dalam panggung pun ramai gak bebudak. yelah sume nak tengok kartun kan. hoh..kali nih citer nya sangat hebat dan best! sungguh entertaining dan menarik. faris tengok org gelak dia pun gelak buat2, hahaha! tak paham lagi ape yg ditayangkan kat skrin. papepun citer tuh dapat nilai skala 9. ok tak? hehehe..nanti tengok citer lain lak ye.

Monday, May 30, 2011

vacation-2

tak dapat nak bagi faris mandi manda dalam laut. laut tak elok. banyak umpai2. siap ada papan tanda lagi cakap 'swim at your own risk'. isk..isk..sian faris. first time dia tengok laut. haha..macam terpesonalah gamaknya. kitorg just jalan2 tepi laut bagi dia rasa air laut dan pasir. basah gitu2 je. memang tak puas. faris memang suka ngan air siap dah tunjuk2 'nak acuk alam ana' - nak masuk dalam sana..nak mandi, haha!! cute2. last2 gi mandi pool ajela. ramai bebudak lain pun main sana. dah namanya bebudak. nak seronok mandi laut tak dapat.



waaa..1st time tengok laut


wuuu..nampak macam best!


kita gi kat belah sana kang ye!


faris geli pasir masuk dalam selipar. ajak dia cuci ngan air




tak dapat nak mandi manda, kita main rendam kaki jelah


anak ayah






ha, hamek. kemain suka lagi. mandi laut x dapat.










naik kolam kecik plak. janji mandi, huhu!


ada kepala paip kat situ. cukup suka main kepala paip main sembur2


me and him. love you till the end..


haha! last skali org suh cuci kaki dia pegi amik air semayang.
siap cuci muka telinga. ni nak basuh kaki lak.


kalau ada rezeki ke tempat lain lah kita ye faris!

Sunday, May 29, 2011

vacation

i'm writing this at shah's beach resort malacca. it's my birthday today-29th may 2011. my 31st birthday. though it's a short one-day-trip but i think it's enough for the first time family vacation. i've been looking to plan holiday trips but there's always been something happened-we have to wait for other times . i just want to ease my mind from several things. it's been hard to live my life lately when there's so much things occurred in between us. but have to go through my life no matter what happened. so this is one of many trips i hope we have in future. hope for the best for both of us. will upload some pictures of faris swimming (?) in the pool. see ya!

About this blog