Followers

Saturday, May 14, 2011

relaxation

orang kata hidup ini singkat. jadi gunakannya sebaik mungkin. berseronok2 sepanjang masa. bershopping. kumpul buku novel banyak2. beli baju dan henbeg bila rasa barang2 lama perlu diganti. dengan rasa suka hati. memang seronok bilamana dapat rasa bebas dan enjoy selalu. tapi biasanya itu masa zaman muda. maksudnya masa zaman u..kolej..berboyfriend..sekarang zaman dah dewasa dan banyak komitmen, rasa banyak benda yg terpendam, terperangkap dalam diri bila banyak benda yg fun dan enjoy yg kita buat dulu tak dapat bebas lagi kita buat. kalau rasa2 nak pegi bercuti suka2 sekarang kena tengok jadual mana2 yg free dulu tak macam masa dulu2 boleh kemana2 bila2 masa saja. rasa kita free nak pakai baju yg mana, suka style ini tak suka style yg itu. bilamana kita suka2 nak bagi pendapat apa yg perlu dibuat oleh org lain dan tiba2 rasa tersekat sebab tak boleh nak cerita lebih lanjut sebab kena tapis dulu apa yg boleh apa yg tidak dr pengetahuan org lain. dan bilamana kita rasa2 nak buat apa yg org lain pernah buat dalam hidup mereka macam reka baju org or merangka isi novel sebab kita suka menulis tentang apa saja. tapi tiba2 tak dapat nak buat. adekah ini fenomena pra-menopause/ simptom pertengahan usia. hati rasa seronok bila dapat beredar dr sini dan pergi ke tempat2 yg lapang dna menenangkan fikiran. bercuti sebulan ke oversea ke. atau ke usa carik mana2 tempat yg cool dan melapangkan fikiran. boleh melawat ke pennsylvania tempat lahir mungkin. kan? hmm..kena prektis pegi dalam malaysia dulu. bukit tinggi ke. fraser's hill mungkin.

*sigh..apekah yg aku cerita ini?*

Saturday, May 7, 2011

family outing

perjalanan kami hari ini bermula seawal pagi sabtu. hari ini kami ada temujanji dengan doktor azam di hospitalpantai untuk cek balik keadaan kesihatan faris. dan doc pesan ubat gas macam inhaler tu memang perlu diberi selalu walaupun faris tak batuk atau selsema memandangkan paru2nya yg amat sensitif dan peka dengan persekitaran. kalau serangan datang, kena gandakan bilangan 'puff'. kalau sihat cukup sekali 'puff' saja. dan perlukan dua jenis ubat inhaler. lepas tu kami cadang2 nak tengok wayang di mid valley, cumanya tukar plan sebab abg tak minat dengan orang ramai2 nanti dia sesak kepala. so kami menghala pulang dan menuju ke alamanda. memang agak selesa jugalah di sana. pecaya tak..inilah pertama kali dalam hidup kami kuar bersama2 di hari sabtu?? hmm...memang rasa tak pecaya. sedangkan selama ni abg kuar bekerja setiap hari sabtu dan jugak ahad lepas hantar barang tadika. tapi sejak tukar tempat kerja dah boleh nak jalan2 ke sana sini. rasa macam best gak kan. agak2 boleh ke nak apply kuar jenjalan setiap 2 minggu ke. kalau tiap minggu ranapla duit. paling koman pun sebulan tu sekali adela bejalan. ok gak dia dapat luangkan masa dengan kami.

oh ya, kami tengok 'water for elephants', yang robbert pattinson (twillight) berlakon tuh. selama nih dia havoc dengan sisi vampire dia. now nih dlm citer ni nampakla kulit dia ade kaler dan nampak tersangatlah hensem nya dia berlakon dengan reese witherspoon. asalnya nak tengok citer race keta-fast and furious 5 tapi tak dibenarkan bawak masuk kanak2. so kena la tengok citer umum saja. dan ternyata best dapat tengok robert berlakon, hahahaha!

moga akan ada lagi siri2 jelajah kami sekeluarga ke lain2 tempat pula.

Thursday, May 5, 2011

aku demam

kali terakhir aku demam panas adalah masa aku mengandungkan faris 2/3 bulan dulu. tahun 2008. masa tu kena masuk air dan tak boleh berpuasa (masa tu ramadhan) bimbang pada keselamatan baby. aku ingat lagi abg mengelapkan badan aku ngan kain basah sebab aku tak larat nak gi mandi. kali ni pun sama. demam panas sampai sakit2 kepala.

harini aku masih lagi rasa berat kepala. sudah sakit masuk hari ke3. semalam sudah demam panas. dan batuk. dan sesema. ganti pulak aku dengan faris yg dah makin baik. masih diteruskan ubat untuk faris dan menunggu temujanji dengan doc hujung minggu ini. tapi aku? harini sudah rasa makin baik walaupun dah tak sepanas semalam tapi masih kurasakan bumi ini bergerak2 dan bergoyang2 di sekeliling aku. kalau tak kuatkan hati memang rasa nak rebah saja. besok kena pergi kerja semula. tak boleh tinggal ofis lama2 nak2 lagi sekarang time yuran. nasib besok jumaat. boleh balik cepat pastu nak tido. urgghhh..pening lagi kepala nih..

Tuesday, May 3, 2011

pulang sudah..

alhamdulillah semalam kami selamat balik ke rumah. bunyi macam gi jalan jauh kan? padehal gi tido2 kat hosp pantai je pun. faris makin ok cuma tinggal batuk dan suaranya dah jadi serak2 basah gitu. keletahnya dah kembali semula. gitu gini duduk pantai 3 hari 3 malam dah cecah 3k. terima kasih pada prudential dan ejennya kak tijah, hehe..

hari ni? dah selamat kembali bekerja, uhuk2! dan aku pulak yg mula nak batuk dan sesema. hmmm..

Sunday, May 1, 2011

faris hari ketiga

faris kena duduk lagi di wad. demamnya dah ansur baik. cuma batuk masih pekat lagi. dan doc suruh tinggal lagi satu hari untuk bagi faris gas biar cair kahaknya. alamat kami kena tinggal lagi di sini sampai besok hari keempat, huhu!! dan ayah faris pun kena balik amik kain baju yg dah surut..

Saturday, April 30, 2011

hari kedua faris

hari kedua di pantai medical hospital. faris dah mula nak makan dan dah aktif sikit2. pagi taknak makan lagi. tengahari dah nak makan sesuap dua nasi. petang menu western dah makan banyak juga. dengan mashed potato dan gravy soup. yg tak bestnya..habis kuar sume yg dimakan bila nurse datang bawak ubat, huhu! habis kena mandi balik. anyway, thanks to cik da and cik lala sebab sudi datang lawat faris ye! hope besok dah boleh balik.




tangguh percutian

aku dah merancang2 nak shoping sakan di trg. kami ade jemputan kenduri di sana hari ahad. cadangnya sabtu pagi nak bertolak. balik mungkin isnin. dan terbayang2 depan mata pegi pasar payang cuci mata. beli belah. mencicip2 kepok lekor yg sedap itu. *sigh..* tak jadik rupanya. anakku faris demam tak surut2 dah empat hari. skang ade di hosp pantai. demam batuk berpanjangan. hmm...tertangguh lagi trip percutian ku itu. bila dah tangguh tah bila lagi dapat nak berjalan lagi.

About this blog