ku sudah boleh manaip dan menelaah berlama-laman di depan laptop ini. alhamdulillah pening mata berpinar dah takde. tinggal loya2 tak boleh bau-bauan saja masih ada. dan jugak sebab perut sebu. asik rasa tak sedap perut je. abg kata sebab minum teh ke makan benda2 berangin. tapi bila aku tak berapa selera nak makan pun perut rasa sebu jugak. kira dah memang tanda2 alahan org mengandung kot.
mabuk mengandung kali ni memang banyak mencabar emosi dan fizikal. bercampur baur bila badan sendiri rasa tak sedap sebab asik loya dan muntah sampai tertarik urat perut dan urat kepala sampai pandangan jadi hitam dan berbintang2! seksa bila mau gosok gigi sebab akan loya. seksa bila mau mandi sebab terpaksa hidu wangian dari sabun, dari syampu. memang ada sampai keluar jugaklah isi tekak masa mandi. kang takleh bersabun bersyampu kang mau tengik bau badan aku. setiap kali rasa nak muntah kena pegang dahi takpun tarik rambut atas kepala supaya 'urge' nak muntah tuh turun dari tekak. ye. aku cukup tak suka muntah! memang letih, lesu dan kusam badan dibuatnya. duduk pun kat umah mak dan org2 kat rumah ni lah yg banyak tolong urus dan melayan faris. aku dah terduduk.
alhamdulillah sekarang makin ok. aku pun dah planning untuk mula bekerja sepanjang cuti sekolah nanti. nak tunggu pendaftaran baru untuk 2012. banyak benda yg selalu normal aku buat sebelum peknen dulu aku nak sangat buat. buat urusan bayar bil sendiri. jalan2 shopping ke warta. beli barang2 faris. beli barang2 dapur. masak kat dapur (yg nih still xleh bau gorengan. sok kena banyak rebus2/bakar le gamaknya). apelagi? kuar makan2 ngan member. banyak lagilah. aku memang mohon je pada Allah supaya aku cepat sihat. diorg kat umah ni pun dah boring asik tengok muka aku aje. ngan cik abg lagila pergerakan terhad tak sama macam kat umah sendiri. phew...boleh tak nanti nak cuti barang 3/4 taun lagi. tutup kilang kejap. macam dah trauma pulak bila kena mabuk macam ni. pegi klinik bawak faris tengok diorg angkut anak beranak bederet 5 beradik 6 beradik kepala aku dah pusing dah. aku rasa aku tak mampu kot nak urus budak reramai. kang sumer benda lain tak terurus. ni pun masa aku mabuk ni pun dah bising kata aku tak buat keja.
insyaallah. moga Allah memberikan aku kesihatan. semoga aku cepat baik dari mabuk ini. dan semoga dapat buat rutin harian. dan diberi kesihatan yang baik sehingga saat melahirkan. fariss....cukuplah 2 beradik ek!
di sini aku menyusuri celah kehidupan..bersama desiran angin bahagia..menguntai manik2 wajah kesayangan..
Followers
Friday, November 18, 2011
Tuesday, November 8, 2011
kisah terbaru
sudah lama entri baru tak ditulis. kebetulan kami sekeluarga baru saja pulang beraya haji di melaka. menghadiri tahlil arwah atuk ithnin dan melawat nenek di air molek. tapi tinggal beramai2 di apartment. ala..dulu2 dah duduk sini siap bawak beras periuk pinggan bagai. kali ni je tak bawak jadi makanan tu adalah dibeli saja di luar ye.
sebelum raya haji aku ke klinik untuk pemeriksaan baby. alhamdulillah sudah minggu ke-11. dan masa doc scan baby tu bergerak2 berpusing pulak. hah, aku rasa aku terpesona menengoknya. rasa cam excited pun ada kan. lepas tu doc cakap awak sudah ok tak payah lagi jumpa setiap 2minggu. jumpa selang sebulan pulak. dan doc cakap dah boleh makan macam2 masa raya haji ye. sebab sebelum ni kan lesu badan tak maya. aku rasa pun minggu ni aku dah segar sket dah takde pening2 teruk tu. yg ada cuma loya takleh bau sabun2 tu je ade lagi. moga2 dah masuk bulan ke-3 ni mabuk akan terus menghilang.
untuk makluman adik jejaka kami yg sulung dah nak bertunang jumaat nih. org nak kejar 11.11.11 lah katakan. bagi notis baru beberapa hari. mak ngan ayah pun ok dan dah bincang ngan org sana (alah seberang jalan sini je). insyaallah jumaat malam ni akan bertandang ke rumah pihak perempuan. ape2pun basyir kena abiskan belajar dulu la. belum abis blaja lagi tu. so tunggu ajelah hasil perbincangan nanti ye. see ya!

Monday, October 24, 2011
sikit saja lagi
haritu jumpa doktor. sudah 8 minggu. tapi kondisi aku tak stabil. mungkin doc lihat dr tekanan darah dan urin, maka doc kata aku dehydrate. nak masuk air klinik dah nak tutup sebab halfday. doc suruh ke pantai masuk wad semalam masuk air dan rehat. aku rasa baik aku rehat di rumah sajalah. kena jugak aku cucuk di pinggul buat penghilang muntah. well, aku rasa mmg aku lemah sbb x lalu makan dan minum. minum pun cuma aiir rozel yg sedap tu tapi masih x cukup sbb aku dapat rasa bibir aku kering. dan aku punya berat susut satu kilo dalam tempoh 2minggu. doc suruh aku minum 100plus or air kelapa, cuba makan bubur bagi aku bertenaga balik. errmm..yelah nanti i kasik minum banyak2 and makan sikit2. tak makan nasik ratah lauk sajalah ye.
entah kenapa mabuk kali ni rasa lebih teruk dari masa faris dulu. ya allah, permudahkanlah perjalanan trimester pertama ku ini. sikit aje lagi nak habis..
entah kenapa mabuk kali ni rasa lebih teruk dari masa faris dulu. ya allah, permudahkanlah perjalanan trimester pertama ku ini. sikit aje lagi nak habis..
Tuesday, October 11, 2011
hanya mereka yang pernah mengalaminya saja yang akan faham
sudah lebih dari dua minggu aku berkeadaan begini. mengharungi lesu dan lelah mabuk yang belum lagi nampak surutnya. aku rasa kekok dan tak semena2 jadinya walhal masa fars dulupun aku mabuk teruk begini juga. aku dah biasa driving ke sana ke sini. nak buat urusan apa, ke warta, ke pos opis, ke bank, ke butik baby manjaku, aku dah biasa berurusan sendiri. tapi bila sudah begini jadinya aku terpaksa duduk berehat saja di rumah. walaupun telah berehat mabuk itu masih takkan hilang. malah masa aku makan pun ia tetap ada. apetah lagi bila tercium bau pencuci lantai dan bau baju yg dah dibasuh. terus kepalaku berputar kepeningan. dan sehingga kini baru ku tau rasanya ibu2 yg bersusah payah menahan peritnya mabuk di awal kandungan. bagaimana ada yang langsung tak boleh bangun dari pembaringan. ada yg tak boleh bau masakan langsung. dsb. ku rasa hanya mereka yg pernah melaluinya saja yg faham akan situasi ini. tapi ku tahu tidak semua ibu2 yg sebegini. ada yang sihat walafiat tidak mengalami simptom2 mabuk sejak dari awal kandungan sehinggalah melahirkan. mereka ibu2 yg sihat seperti orang normal cuma perut saja yang bertambah membesar setiap bulan. bersyukur dengan kelebihan yang diberikan kepada mereka. aku pernah melihat ibu yang begini dan dapat meneruskan kerjanya seperti biasa, juga hanya perlu ke klinik biasa untuk pemeriksaan bulanan.
walau bagaimana iri pun aku pada ibu yang sebegitu, aku perlu masih merehatkan diri. belum lagi dapat ku bekerja di waktu ini. manakan tidak, nak drive pun kepalaku masih pening berputar takut nanti ada apa2 pula di pertengahan jalan. rasa rimas, lemah, lesu dan mabuk harusku teruskan jua walau apapun yang berlaku kerna dalam rahimku terisi satu nyawa yang telah berdetik. tabahlah hati sepanjang sesi ini. dengan harapan usai semuanya maka dapat ku hirup udara baru yg segar dan nyaman.

Friday, October 7, 2011
sudah ada denyut
skang ni bercinta nak buat entri baru. bila online je kepala pening dan tekak loya. dah tak sekerap dulu hantu online. mabuk punya pasal..
aku dapat mc lagi 2 minggu. semalam visit ke2 dengan doc. cek2 tengok tekanan darah rendah. memang pun aku asik pening mabuk aje. haih..lama lagi nak bagi hilang mabuk nih. dr nora kemain suka dan excited dia kali ni sebab berat badan naik sket (200g ok!)..mabuk2 tu petanda bagus (err..) dan baby dlm perut sudah ada heart beatnya. tak caya bila aku tengok denyut baby yg cenonet lagi tuh. nasib baik doc kasik dengar itu denyutan baby bagi aku lagi pecaya. hai...untukmu baby, kena harung lagila mabuk2 ini. *act bukan baby lagi sbb masih terlalu kecil. namanya fetus kalau x silap aku blaja dulu*

Sunday, October 2, 2011
duniaku berputarrr..
merangkak menghabiskan mc ini aku cuma banyak berbaring dan melelapkan mata. tak termampu nak bergerak lincah kesana kemari lagi. sebab bila aku bangun aje kepala aku pusing. tekak aku akan loya balik. ku telan2 ajelah air liur dengan harapan kurang sket rasa nak muntah. cuba2 jugak mandikan faris. basuhkan beraknya. tapi asal aku masuk toilet aje dah bau sabun. lagi buat aku loya. nak bersihkan faris pun dah bau sabun dia. pening juga. haisy....mana aku nak elak bau sabun2 sumer nih???
camne aku nak masuk opis nanti? handle rekod yuran, kertas exam budak peksa and prepare budak untuk konvo nanti? urgghh!! kang cuti lagi kang aku dapat gaji buta lak, isk..isk..
camne aku nak masuk opis nanti? handle rekod yuran, kertas exam budak peksa and prepare budak untuk konvo nanti? urgghh!! kang cuti lagi kang aku dapat gaji buta lak, isk..isk..
Tuesday, September 27, 2011
nak petua?
cara2 nak bagi puas semasa mak2 buyung mabuk2 muntah ialah-----> cuba bayangkan keadaan toilet yang busuk dengan lantai yg kotor dan berlendir, serta membayangkan tahi pampers anak anda yang anda basuh selalu tuh! sure dengan tak semena2 akan kuarlah segala isi perut yg dr tadi dok tahan..tahan tak bagi kuar. lepas dah abis kuar sure lega satu badan and kepala. tak caya....cubalah!!
sekian petua yang tak seberapa dari acik-baru-nak-buyung! hehehe..
sekian petua yang tak seberapa dari acik-baru-nak-buyung! hehehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)