Followers

Sunday, July 17, 2011

kejadian hari sabtu

hari sabtu semalam planning nak jalan2 ngan cik abg dan faris. target nak gi alamanda tengok transformers. tapi kitorg kesana kesini dulu buat urusan lain. tapi mula2 skali singgah kedai mamak sarapan pagi (err...pagi tu dah kul 10). dah abis sarapan nak ke kedai runcit sebelah, tetiba lak aku terjatuh dengan tak disangka2. terpeleot pulak. terperanjat aku kejap macam kena 'pause' sambil tahan sakit kaki. ku toleh belakang rupa2nya ada kulit buah langsat atas simen dan sandal aku telah memijaknya. terus membuatkan kaki ku terpeleot. cis!! mula2 macam boleh tahan. teruskan perjalanan. dan akhirnya ke alamanda beli tiket. still jalan dengkot2. boleh lagi tahan..

beli tiket tanya citer transformers..full house lagi!! apedaaa. ingatkan dah lepas 2 minggu dah reda. ini masih full. tak dapat lagi nak tengok citer tuh, hisy!! last2 tukar second choice tengok citer larry crowne-sebab dah tengok trailer dia kat tv kan. ade tom hanks ngan julia roberts. and kat radio pun ade kuar iklan. pelakon hebat tuu..memang nak tengoklah citernya selepas transformers. so dah beli tiket kitorg jalan2 gi makan tengahari, tukar pampers faris and solat. masa ni dah mula rasa kaki dah bengkak. cik abg cakap jomlah kita balik. ohh..tak boleh. tiket dah beli. and memang nak sangat tengok movie. ape lagi. harung jugakla jalan tapi dah mula menahan sakit. dengkot2 la.

citer nih-larry crowne-memang ade part yg best. kelakar2. gelak2. okla lakonan dua pelakon hebat tu kan. tapi tah kenapa ada part yg rasa macam lambat dan perlahan. contohnya masa part mula2 ngan part hujung citer. tapi keseluruhan ianya taklah terlalu membosankan. cuma tak terangkat la tangan nak cakap 'superb'! akhirnya, rasa2 aku nak bagi bintang 6/10. belum cukup mantap lagi nak kasik gamat panggung. apepun aku suka dua2 pelakon hebat itu di kaca movie ;)

kaki aku? abis movie terus kami pulang menuju ke klinik. aku pun dah tak tahan nak tanggung sakit. bila dah makan ubat dan sapu yoko2, malamnya dah mula kurang rasa sakit. tengok dulu sehari dua ni camne kan. hai...sungguh tak terduga betul pepagi hari lagi nak kena, adoii..

Monday, July 11, 2011

nikmat badan sihat

lama tak menulis. tiba2 lak kena demam selsema. selalu sesema je. kali ni sampai sakit kepala dan demam panas. bila demam dah kebah pening tak hilang2. rasa bumi berpusing2 je. kena dr hari rabu, kamis jumaat mc. sabtu pening lagi. ahad alhamdulillah dah sihat. dan hari ni isnin mula balik kerja yg ditinggalkan. gelap gulita jugak rasa bila hilang nikmat sihat. memang bersyukur sangat saat badan kita sihat dan dapat kita buat macam2 kerja.

oklah. now takde cerita. till next time ya!

Monday, July 4, 2011

taman burung-2


sudah bersiap pagi2 lagi









maklang and makteh







merah-aulad jasmin kajang


kuning-aulad mesra kajang


sedap faris kena tolak sambil makan



hahaha! burung ni kejar faris
dia nak kan keropok yg faris makan tu











duduk jap lepas penat



ada taman mainan. sempat faris main.



show burung


burung2 yg ada




* best pegi kali ni. semua enjoy!

Sunday, July 3, 2011

taman burung-1

semalam sabtu 2 julai tadika aulad cawangan bangi dan kajang buat lawatan ke taman burung kl. dah lama rasa tak ke sana. tah taun bile tah trip tadika ke sana. bila dah lama tak pegi rasa seronok lak hati sebab nak explore ke sana kan. tak lupa jugak bawak faris dan ayah faris. makteh dan maklang pun ikut sama juga. aku bertolak dr bangi. tidak ke jasmin di kajang sebab sudah ada cikgu yg boleh handle di sana. aku cuma monitor tadika aulad jasmin dan tadika aulad mesra guna henpon saja. senang. maklumat di hujung jari, hehehe..jasmin dan mesra kongsi satu bas. diorg bertolak dari kajang. aulad bangi 3 bas sebab tadika PASTI join aulad sekali. dr bangi adalah tadika aulad centre dan tadika aulad perdana. sebab itulah jumlah semuanya ramai. meriah la jadinya. seronok tengok budak2 seronok tak sabar2 nak jalan2 naik bas.

sampai sana tempat ngam2 waktu masuk dalam. cikgu beratur dulu ngan budak2. semua 5 tadika (tak semua murid di tadika tu join). yg join adalah budak2, kakak/abg budak2 serta mak/ayah budak2. yg pergi sendiri pun ada juga tapi bayar harga tetap sama sebab kira pakej. yg bestnya masuk ke sini ialah mereka yg suka bergambar atau mengambil gambar atau menangkap gambar guna kamera2 dslr mereka. banyak subjek boleh di shoot kan. aku guna compact saja tapi tetap juga ku suka pasal gambar2 nih. faris pun aku tengok dia suka dapat jalan2. mula2 naik stroller. lama2 tu dapat jalan sendiri kemain suka lagi dia. melompat2 jalan2 sambil nyanyi2, wah wah!!! budak2? jalan dgn cikgu masing2. ada yg jalan dgn cikgu. ada yg jalan sendiri. kami kumpulan di belakang mata kami perati jugak budak2 ada tertinggal ke tak. jalan last ni lagi best sebab jalang lapang je pastu takdela nak rush sangat sampai tak sempat nak tengok2 nak menghayati gambar yg diambil, hehehe..kat taman burung ni ape yg ada? mestilah burung2 je. pelbagai jenis burung dan spesies yg terdiri dari keluarga burung, yg boleh terbang. macam angsa, itik, burung unta(?..kira burung lah tu). dan sebab banyak ada sungain dan air terjun maka dalam tu ada jugaklah ikan. kira masuk kategori kawan2 burung lah ye!

ingatan aku dari masa last ke sini adalah masa tu tempat macam ala2 lama atau 'hulu' sket. skang bila pegi dah jadik cam ala2 bali atau moden la sket. binaan dia nampak lebih ok. tapi tapak tempat jalan cam sama je ngan dulu.

apepun kami semua enjoy dan suka-suki dapat kuar jalan2 sekali-sekala camni. alhamdulillah murid tadika pun suka sampai tertido2 lentok2 mereka dalam bas masa pulang. taun depan kita ke tempat lain pula ye!

Friday, July 1, 2011

bila bersuami muda

benarkah org kata cinta itu buta? apa yg pasangan kita buat kita pun setuju saja. kalau dia buruk muka tak hensem pun tapi tetap lawa dan manis di mata kita. apetah lagi kalau berbeza usianya. tapi bukan beza pada yg lelaki. tapi beza pada yang perempuan itulah yang nampak pelik dan rasa macam tak kena. org kata ape? cinta tak mengenal usia. walaupun nabi kita berkahwin dengan saidatina khadijah yg lebih tua darinya, tapi untuk kita manusia biasa akan tetap timbul macam2 rasa. betul tak.

kalau rasa di hati tu dah suka memang yang lain semua tolak ke tepi. tapi banyak cabarannya bila perempuan berusia berkahwin dengan lelaki muda. kalau muda 2,3 tahun takpe jugak. ni sampai beza umur 10 tahun memang nampak sangat lah kesan dia. contoh: ade sepasang suami isteri pada murid di jasmin. anaknya 6 tahun. mak ayah beza umur 10 tahun. ayahnya baru umur 30 dan emaknya dah tentulah 40. alkisah bila ayah budak ini sering berurusan dengan guru kelas atau guru2 lain berkaitan anaknya. samada secara berjumpa atau melalui telefon. akhirnya menampakkan kepada kami akan ketidak-selesa-an mak budak itu bila suaminya buat urusan. jadi panjanglah muncungnya dan tidak mesra. mengingatkan pada kami ni bahawasanya mak budak itu adalah sedang jeles yg teramat sangat bila cikgu2 berurusan dengan suaminya. tapi nak buat macam mana sebab memang urusan anak si ayah yg biasa buat. hmmmm...dah nasib la. kalau suami muda dan isteri pula dah berumur ape lagi nak dikata. paham2 sendiri sajalah faktor biologi diri. ape jadi bila umur begini. sedangkan suami yg lebih tua dr kita pun kadang2 kita jeles kan dia, inikan pula suami yg muda 10 tahun dr kita. nampak sangat!

apepun, kena tanya demi more nih camne dia ngan laki dia pelakon ashton kutcher. ashton tu nampak cam bujang pilihan tu selalu berlakon ngan gadis2 muda. tapi demi more pun mesti nak kejar ke'muda'an si ashton tu. mesti ada punyalah dia cucuk sana dia cucuk sini. botox sana botox sini kan. hmm..kat malaysia nih, pelakon rozita che wan la. cumanya belum kawin je lagi boleh lagi nak tukar couple. hehehe..kalau dah suka ngan lelaki muda terimalah diri kita seadanya yg sudah tua. hukum alam takleh nak ditolak.

Saturday, June 25, 2011

akhirnya tengok juga Kl Gangster

citer kl gangster dah nak habis baru la dapat pegi tengok. ape taknya. dengar2 hebat citernya. yg terakhir dengar kabar dah dapat 11 juta. ade plak yg sampai 2,3 kali ulang tengok citer nih. dr feedback ramai yg kata suka, kagum dengan arahan si syamsul yusof nih. takleh jadi. org kata gempak kita musti nak tengok jugak. kang dikatakan terlepas citer tak ikut perkembangan kan..

tapi sekali dah tengok, errr....terkerut2 dahi ku sepanjang sesi tayangan itu. amatlah ganas dan extreme nya citer tersebut. label cerita adalah 13 pg. dan dari segi keganasan tahap terlampau dan bahasanya yg kesat aku rasa sungguh amat tak sesuai buat label 13pg. dalam panggung tu ade jugak mak bapak bawak budak2 sekolah. jangan kata budak sekolah rendah, yg sekolah menengah pun aku rasa tak sesuai tengok citer ganas melampau neh sebab sikit sebanyak dia boleh mengajar budak2 remaja hingusan cara2 nak pukul dan terajang org. tu tak masuk lagi gaya bahasa yg kesat dan tak sopan. hai..lah. geleng kepala aku tengok citer neh. sinematografi dan sudut kamera serta kualiti gambar mmglah elok tapi isi dan jalan cerita serta skrip nya tidak mendidik masyarakat menjadi seorang yg baik. hmm..bilalah org seni nak buat cerita yg ada hemah dan berbudaya tinggi. dulu kala citer race2 motor dan kereta siap ada scene tido2 sama dalam bilik. scene beronggeng kat kelab. siap ada skrip 'bil air tertunggak' bila dah lama tak 'buat' ngan mana2 gadis. citer apekah ini? aduhh..geleng kepala. kalau dapatlah 12 juta citer nih dan esok lusa terbentuk pula kumpulan remaja sekolah yg tiba2 dah pandai jadik gangster main pukul2 sana sini, alamat tak tercapailah misi dan niat positif yg katanya nak diterapkan dalam filem ini.

*huh...aku tak tau nak buh berapa bintang kat citer nih. rasa tak layak nak bagi bintang pun ye jugak. tergaru2 kepala aku tengok citer nih*

Friday, June 24, 2011

birthday ayah faris

hari ini 24 jun 2011 adalah hari lahir encik suami. tidak seperti hari lahirku 29 mei lepas, kali ni kami di rumah saja. tapi awal2 sudah ku belikan satu perfume yg wangi dr avon untuknya. hmm..memang sedap baunya. tapi sudah berpesan padanya supaya balik awal dan nanti boleh makan2 di luar untuk meraikan hari nya. dulu2 masa kawin adelah juga rasa2 nak belikan itu ini kek bagai nak kasik dia. tapi dia pulak bukan jenis romantik malah geli geleman pula dia bila aku buat macam tu. alahhhh...tak best betul! jadi sekarang aku dah tak reti nak wish meluahkan ayat ucap selamat. cuma tulis di fb dan sms saja. terasa banyak benar yg nak diucapkan tapi memang tak termampu. luka2 dan parut2 tetap terasa dan ini banyak membuatkan aku mendiamkan diri. apepun aku memang sayang dialah senang cakap. walaupun org tak pecaya sebab aku punya isi hati dan luahan kata kat mulut memang x sama. kalau rasa2 aku buat x layan endah x endah je tipu je tu. dalam hati tetap aku amik berat.

sepanjang bersama memang banyak ciri2 dia yg berlawanan dengan aku. org kata sikap suami dan isteri memang tak boleh sama. memang kena lain2. kalau sorg garang sorg kena lembut. kalau sorg becok mulut sorg lagi agak pendiam. camtulah c
ontohnya. yg pasti dia mmg peramah dengan siapa saja malah yg baru jumpa pun siap dia boleh sembang bagai macam dah lama kenal. suka tolong org, tapi kadang2 rasa lebih2 pulak menolong tu. disukai ramai oleh semua orang pompuan di sekelilingnya, sampai aku pun rasa lain macam pulak jadinya. tapi nak buat camne, dah gitulah sikapnya dtambah pulak ada rupa memang lah org suka. tapi sikit2 gitu2 bolehla ye. jangan over shadow dari isterinya ini sudah.

apepun semoga umurnya dipanjangkan oleh Allah dan diberkati rezeki yg diperolehi. agar masih lagi dapat melindungi dan menyayangi kami berdua ini. tambah lagi adik faris? entahlah. mebi taun depan kot. salam sayang dari kami berdua..




About this blog